Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa rakyat Kelantan perlu menunggu selama 17 tahun lagi untuk menikmati air bersih yang sempurna.
Ini bermakna selepas tiga kali pilihanraya lagi. Sebelum ini sudah lima kali pilihanraya sejak 1990 rakyat Kelantan memilih Pas untuk mentadbir Kelantan.
Jika Pas menang dalam semua tiga kali pilihanraya akan datang bermakna selepas lapan kali pilihanraya dan selepas 40 tahun memerintah barulah rakyat Kelantan dapat menikmati air bersih.
Tetapi, itu belum tentu lagi. Ini kerana sebelum ini dua kali mereka telah memungkiri janji. Jika dalam bahasa kasar dipanggil munafik.
Setelah kerajaan pusat memberi bantuan sebanyak RM 500 juta Pas berjanji yang masalah air akan selesai menjelang Oktober 2004.
Pada tahun 2006 masalah tak selesai lagi dan mereka berjanji pula seluruh rakyat akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya pada 2010.
Sekarang sudah tahun 2010, mereka berjanji lagi masalah air akan selesai 17 tahun lagi iaitu pada tahun 2027. Adakah janji itu boleh dipercayai ?
Sekali bohong kita masih ok lagi, dua kali bohong pun kita boleh sabar lagi walaupun pahit, tiga kali bohong apa yang perlu kita buat ? Sepak sahaja Pas ketepi dalam pilihanraya akan datang.
Mereka menyebarkan fitnah serata negara kononnya BN suka berjanji dan tidak menepati janji. Dalam prk Galas mereka mencanangkan cerita kononnya BN tidak menunaikan janji-janji mereka di Manek Urai.
Sedangkan itu adalah pembohongan semata-mata. Walaupun kalah BN tetap menunaikan janji mereka untuk membina jambatan di Kg Manek Urai Lama kerana mereka menang di peti undi berkenaan. Begitu juga dengan Masjid di Kg Temalir.
Itulah Pas, tahi di punggung orang dia nampak, tahi yang sudah kering sehingga di hurung lalat di punggungnya sendiri mereka tak nampak.
Apa lagi nak tunggu wahai rakyat Kelantan, kuatkan azam, bulatkan tekad dan kita sama-sama tendang Pas dari Kota Darulnaim dalam pilihanraya akan datang.Takbir !
4 comments:
20 tahun pemerintahan yg sia2.Kalau mcm ni alamatnya sampai kiamat lah tak merasa bekalan air bersih.kalau 2027 nanti masih gagal,aku percaya diorg akan ckp tahun 20xx plak.Satu aje cara,rakyat kelantan bg bn mmrintah.Tgok kat mlaysia ni mana ade ngri yg ade msalah air mcm klntan di bwah bn.
Krajaan pusat dh bg 500 juta pon masih gagal,bangang punya pas
Banyak 500 juta tu..cuba kerajaan pas kelantan bagi laporan kewangan apa yang diorang buat ngan duit tu dulu..kalau dah banyak masuk poket sendiri sampai kiamat pun projek tak siap2
Mandi Wajib
Betul ke kerajaan PAS Klantan dpt peruntukkan RM 500 juta drpd kerajaan pusat. Depa wat pe ngan duit tu? Nape tak de laporan audit dibuat? Kalau betul kerajaan pusat beri mesti dibagitahu rakyat kelantan. Nape masa PRK dulu tak bangkitkan hal ni?
tak silap aku awal thn 2000 kerajaan pusat bagi pinjaman 500 juta pd kelantan utk atasi masalah air ni.persoalannya apa yg diorg buat dgn jumlah wang sbnyak tu?pinjaman kena bayar semula,tapi masalah tak slesai2.Aku tgok laporan ketua audit negara baru2 ni kerajaan kelantan hutang dgn pusat 900++ juta.Sape nak tlg settle?pas tlg jawab
Post a Comment