Wednesday, February 16, 2011

Haji Latiff And Menantu vs Nik Aziz And Menantu

Bukan kami nak berlagak atau nak bercakap besar. Walaupun blog ini baru berusia empat bulan lebih tetapi ianya berjaya menggegarkan keluarga Nik Aziz. Hasil dari pendedahan di blog inilah yang membuatkan SPRM membuka mulut menyatakan siasatan terhadap Ariffahmi masih lagi berjalan.

Sepertimana yang dinyatakan dalam entri kami bulan disember tahun lalu tentang pengumuman SPRM membebaskan Nik Aziz dari tuduhan salah guna kuasa kerana melantik menantunya sebagai CEO PMBK dimana pengumuman itu disambut 'gembira' oleh Ariffahmi dan isterinya. Sedangkan SPRM tidak pernah mengumumkan Ariffahmi bebas dari tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Dia pula yang lebih-lebih gembira dengan membuat kenyataan di blog isterinya dan disambut dengan kenduri kesyukuran di rumahnya. Sila klik di sini.

Bertitik tolak dari situ kami bangkit dan membongkarkan sedikit demi sedikit tentang penyelewengan Ariffahmi semasa menjawat jawatan CEO. Akhirnya di penghujung bulan Januari yang lepas SPRM Kelantan mengumumkan siasatan penyelewengan dan salah guna kuasa Ariffahmi masih lagi berjalan.

Hari isnin lepas pula SPRM Kelantan mengumumkan siasatan terhadap Ariffahmi telah selesai dan failnya telah diserahkan kepada ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk tindakan selanjutnya. Harap-harap Ariffahmi dan isteri buatlah kenduri kesyukuran sekali lagi.

Berapa lama SPRM nak perap kes tersebut kita semua tak tahu. Ariffahmi akan didakwa atau tidak kita pun tidak pasti. Kita tahu Ariffahmi ada kabel-kabel besar termasuk dikalangan orang-orang Umno sendiri yang boleh 'kaw tim' kesnya dengan SPRM supaya tidak didakwa. Kami di Gelombang Merah akan dedahkan siapakah kabel-kabel besar Ariffahmi di kalangan orang Umno Kelantan apabila sampai masanya kelak.

Kita sama-sama tunggu dan lihat apa kesudahannya kes tersebut. Silap-silap Kerajaan Perpaduan Umno-Pas pula dijadikan taruhan untuk membebaskan Ariffahmi dari pertuduhan.

Soal SPRM dakwa atau tidak Ariffahmi kita serah kepada kebijaksaan mereka walaupun dalam masa yang sama kami meragui pegawai-pegawai SPRM yang bertugas di Kelantan kerana kebanyakan mereka adalah pro Pas.

Kami di Gelombang Merah tidak akan berhenti mendedahkan penyelewengan serta salah guna kuasa Ariffahmi. Kami mahu supaya rakyat tahu siapakah menantu kepada seorang Tok Guru yang kononnya suci.

Hari ini kami ingin membongkarkan satu lagi salah guna kuasa Ariffahmi.

Dalam PMBK orang pertama menjawat jawatan CEO adalah seorang wanita yang bernama Puan Hajah Fadhilat. Orang yang bertanggungjawab membawa beliau ke PMBK adalah Datuk Paduka Haji Husam Musa. Beliau memilih PHF kerana prestasinya yang bagus dan memang menjadi hasrat Datuk Paduka Haji Husam untuk memilih orang yang bagus-bagus bagi membantu pembangunan negeri Kelantan dan seterusnya boleh menolong rakyat.

PHF pada masa itu bekerja di Proton dan timbul pula masalah pada masa itu kerana Proton enggan melepaskannya kerana prestasi kerjanya yang bagus. Akhirnya beliau terpaksa bertugas di dua tempat. Dalam seminggu tiga hari beliau akan bertugas di PMBK dan dua hari di Proton.

Pada masa itu Ariffahmi telah bekerja di PMBK dan berjawatan ketua sektor hartanah. Ariffahmi pada masa itu bukan seorang pekerja yang bagus dan dia sering diberi memo oleh PHF.

Diringkaskan cerita, pada 31 Januari 2008 PHF telah meninggalkan PMBK kerana terdapat terlalu banyak gangguan dan tangan-tangan halus yang cuba mengacau tugasnya.

Sehari selepas itu iaitu pada 1 Febuary 2008 Ariffahmi telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) PMBK daripada ketua sektor hartanah. Sebelum PHF berhenti beliau ada memberi memo kepada Ariffahmi kerana tuntutan elaun yang melampau (over claim) dan menahan tuntutannya dari dibayar.

Sehingga ke saat PHF berhenti Ariffhmi tidak pernah menjawab sebarang memo yang diberikan oleh PHF. Dia nak tunjuk gedebe kerana dia menantu MB.

Dua minggu selepas dilantik sebagai COO Ariffahmi sekali lagi menunjukkan gedebenya apabila mengeluarkan memo menaikkan kadar tuntutan kerja luar tanpa kelulusan MB sebagai pengerusi sedangkan dalam enakmen PMBK dinyatakan secara jelas hanya MB yang boleh meluluskannya.

Dalam hal ini Ariffahmi cuba bermain silap mata atau pun dalam bahasa kasar dipanggil menipu. Memo yang dikeluarkannya yang bertarikh 14 Febuari 2008 telah diundurkan ke belakang tarikh berkuatkuasanya memo berkenaan.

Secara jelas di perenggan akhir memo berkenaan menyatakan tarikh berkuatkuasanya ialah pada 1 Januari 2008.

Kenapa tarikh itu dipilih ?

Supaya dia dapat kembali segala tuntutan-tuntutan melampaunya yang ditahan oleh PHF sebelum itu.

Haprak punya Ir, tuntutan ratus-ratusan ringgit pun nak menipu.

Dalam hal ini Ariffahmi telah menyalahgunakan kuasanya , kerana arahannya supaya memo berkenaan berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 tidak boleh dipakai kerana pada tarikh berkenaan dia belum lagi menjawat jawatan COO. Dia dilantik sebagai COO pada 1 Febuari 2008. Apatah lagi memo berkenaan tidak pernah mendapat kelulusan MB selaras dengan enakmen PMBK.

Seorang menantu MB yang bergelar Tok Guru pun hendak menipu tuntutan elaun. Nasihat kami di Gelombang Merah kepada Nik Aziz, tolong betulkan akhlak dan aqidah ahli keluarga sendiri terlebih dahulu sebelum nak bercakap pasal islam di luar sana.

Cuba anda lihat kembali cara Ariffahmi menipu seperti diatas , caranya lebih kurang sama sebagaimana cara Nik Aziz menipu semasa dia hendak melantik Ariffahmi sebagai CEO. Sila klik di sini

Mereka berdua memang serasi sebagai pak mertua dan menantu. Sama-sama pembohong dan sama-sama penipu. Sama seperti dalam filem madu tiga. Harap-harap Nik Amalina dapat siasat suaminya samada suaminya ada isteri lain atau tidak. Menantu bapakkkkkkkkk.....

Dalam filem madu tiga - Jamillllll.........

Di negeri Kelantan - Arifffffff..........

Dalam filem madu tiga syarikat pak mertua dan menantu namanya 'Hj.Latiff & Menantu Co Ltd'. Di Kelantan pula ada 'Hj Sponsor Aziz & Menantu Hantu Kelantan Ku Punya Sdn Bhd'

Sebagai penutup kami ingin meninggalkan sedikit pesanan kepada kakitangan-kakitangan SPRM Kelantan supaya bertindak dengan adil dalam kes Ariffahmi. Jangan kerana ada di kalangan anda yang menjadi penyokong-penyokong Pas maka anda tidak melakukan siasatan yang bersungguh-sungguh terhadapnya kerana malu alah dengan Nik Aziz.

Pesanan juga kami ingin tinggalkan kepada orang-orang tertentu dalam Umno yang cuba menjadi kabel penyambung kepada Ariffahmi dengan pemimpin-pemimpin besar kerajaan pusat supaya SPRM menutup kesnya.

Kami tahu siapa anda dan kami akan dedahkannya satu hari nanti kerana kami tidak mahu ada musuh-musuh dalam selimut yang boleh merencatkan usaha BN menawan Kelantan.