Saturday, November 27, 2010

Ekspo Cheng Ho Guna Wang Gelap ?

Ekspo Cheng Ho yang diadakan di Kota Bharu sekarang adalah projek naungan Husam Musa.Ianya diadakan semata-mata untuk memulihkan imej Husam yang tercalar balar sejak dua tahun kebelakangan ini.

Maklumat dalaman yang diterima oleh TGM memaklumkan pada peringkat awal sebenarnya tiada syarikat dari China yang sanggup datang untuk menyertai eskpo tersebut. Kemudian Husam terpaksa beberapa kali berulang alik ke China bagi memujuk mereka menyertainya.

Walaupun dipujuk mereka tidak mahu menyertainya, kecuali ekspo tersebut diadakan di peringkat nasional bukannya di peringkat negeri. Husam mati akal kerana beliau telah beberapa kali terpaksa menangguhkannya akibat tiada penyertaan.

Jalan terakhir yang digunakan oleh Husam ialah 'main pitih'. Kami difahamkan setiap syarikat dibayar RM 50 ribu untuk menyertai ekspo tersebut. Jangan tersilap, bukannya syarikat yang nak menyertai ekspo perlu bayar RM 50 ribu kepada penganjur, tetapi setiap syarikat yang menyertai eskpo dibayar RM 50 ribu oleh penganjur (husam musa) beserta kemudahan lain termasuk hotel dan pengangkutan.

Mengikut laporan harakah daily lebih dari 200 syarikat dari China yang menyertai ekspo tersebut. Jika satu syarikat dibayar RM 50 ribu, bermakna RM 10 juta belanja yang perlu dikeluarkan untuk membayar kepada syarikat-syarikat yang hadir.

Itu belum diambil kira dengan kos-kos yang lain seperti penginapan, makan minum, pengangkutan serta kos untuk persiapan ekspo serta kakitangan bertugas. Rumusan kasar yang boleh dibuat, lebih kurang RM 20 juta perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk penganjuran ekspo berkenaan semata-mata Husam nak tunjuk dia hebat.

Soal nak tunjuk hebat atau tidak hebat adalah perkara kedua, soal utamanya dari mana Husam datang duit sebanyak itu untuk menganjurkan ekspo berkenaan sedangkan kerajaan negeri hanya memberi peruntukan sebanyak RM 100-200 ribu ?

Kami telah pun mendapat jawapannya. Kami difahamkan ianya menggunakan wang gelap hasil dari kegiatan haram Husam Musa sepanjang menjadi exco. Kami akan dedahkan satu persatu kelak. 

Usaha kita untuk menawan Kota Darulnaim masih mempunyai punyai masa lagi Kita tidak boleh menggunakan segala peluru yang ada dimasa sekarang. Apabila sampai masanya kita akan keluarkan segala jenis peluru , bom, dan sebagainya. 

Apa yang boleh kami katakan ialah, Ekspo Cheng Ho sebahagian dari titik tolak kejatuhan politik manusia durjana yang bernama Husam Musa.

Jika benar segala dakwaan yang kami terima ini, patutlah negeri Kelantan tak boleh maju dan masih ketinggalan. Seorang exco ada wang gelap berpuluh juta, cuba bayangkan jika sembilan exco lain pun begitu juga. Itu belum dicampur lagi dengan MB, pengerusi anak-anak syarikat kerajaan negeri dan anak beranak MB. Habis harta negeri dirompak oleh mereka,rakyat pula terus hidup merana.

18 comments:

Anonymous said...

pi report sprm la....bodoh bahlol biol....kahkahkah

Anonymous said...

sy suka baca blog ni.
gelombang merah,tp xsemestinya penuh background merah menyala.
susah nak baca.

Anonymous said...

woi mari makin hamun husam dalam blog dia ni

http://www.chenghoexpo.blogspot.com/

Anonymous said...

maklumat dr maner hang dapat ni??bg la terang lbh ditir lagi..nanti org ckp hang dpt maklumat dr ustaz mat nor deris `kashaf' plak..

Anonymous said...

Satu lagi cerita dongeng untuk bacaan umum. Boleh baca tapi jangan percaya kan ni cerita dongeng.

Anonymous said...

Bangang betul penulis blog nie.hahahahaha,lawak la citer ko ni dowh...
cam sial je aku tengok,ni mesti budak tak pass srp...

KALAU ANAK JANTAN,REPOT LA KAT SPRM,buat sembang kat tepi tembok boleh lah citer hang ni..

Abah Hang

Anonymous said...

ko la bodo...magkuk punye melayu..taksub btul ko dengan tok jggut ko tu...minum air burit dielah pigggggg!!!

Anonymous said...

xcerdik blogger nih... kalu btol lapor ko sprm lah.. X skoloh ko mulo??? ore skoloh dio mikir dulu sebelum post benda2 gini.. embarassing!

Anonymous said...

cuba tulis satu nama exco PAS yang telah dihukum kerana rasuah. (20 tahun dah perintah Ktan)

Anonymous said...

pencacai dapigs sedang panas kah kah kah

C L J said...

Pembangunan kemudahan untuk keselesaan hidup rakyat itu yang penting. Tapi wang dihabiskan untuk kerja kerja bertujuan keuntungan politik. Kelak ditanya di padang mahshar nak jawab macam mana tuuuu.

Anonymous said...

ramai yg suruh repot sprm bila dakwaan terhadap pas, tapi dakwaan terhadap umno pun tak repot juga. So, dua-duanya dijadikan modal politik. Maka yg suruh repot tu lebih bangang dari yg mendakwa. Lebih baik lu cari bukti: 1. Bukti dakwaan itu benar dan 2. Bukti dakwaan itu tak benar. Itu yg diajar Islam

Anonymous said...

kahkahkah puak fuckatan sialan panas bontot dgn pendedahan pasal husam masam. tunggu je la tindakan susulan lepas ni. sabar beb sabar kahkahkah

laksamana asam laksa

Anonymous said...

Mereka yang berfikiran jumud sahaja yang tidak akan menerima kebenaran.

Sudir said...

Pergh.. Berpinau mata aku pas baca entry nih..

dzimba said...

macam macam boleh jadi. Tiada perkara mustahil dalam politik

Anonymous said...

umno bodo !!!!

azuharahimi said...

satu perkara yg sy tgk lam komen ni...asal pembangakang gune 'anonymous'??hanye cakap berdegar2...habuk xdak!