Saturday, November 20, 2010

Bahayanya Fahaman Nik Aziz

Antara perkara yang paling cuba dielakkan oleh umat Islam ialah kegelinciran lisan atau lepas cakap tentang Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a. Larangan tentang pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w memang terkandung jelas, terutama dalam hadis baginda s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sentaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis Mutawatir.

Dalam Islam, pendustaan atas nama Nabi s.a.w adalah jenayah amat berat. Dimaksudkan pendustaan atas Nabi s.a.w adalah menyandar sesuatu perkataan, pengakuan atau perbuatan kepada Rasulullah s.a.w secara dusta. Nabi s.a.w langsung tidak ada kaitan dengan perkataan, pengakuan dan perbuatan yang disandarkan kepadanya.

Misalnya, menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda sesuatu yang Baginda s.a.w tidak pernah bersabda, berbuat atau mengakui sesuatu yang Baginda s.a.w tidak pernah melakukannya.

Sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai hadis atau sunnah. Adapun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w secara dusta, bukanlah dikategorikan sebagai hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasarkan apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’ (palsu) atau al-Mukhtalaq (rekaan).

Kalau diperhatikan dan dihalusi, antara salah seorang daripada pemimpin di negara ini yang cukup cenderung dan tanpa segan silu menipu atas nama Nabi Muhammad s.a.w adalah Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS. Sudah terlalu acap, Nik Abdul Aziz mencipta polemik dan cuba menarik perhatian dengan kaedah yang boleh menyebabkan iman golongan mubtadi atau awam, tergelincir.

Dalam kejadian terbaru, ketika berkempen di Galas, Nik Abdul Aziz menyatakan bahawa Nabi s.a.w turut berebut dengan Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufyan untuk menjaga negeri. Walhal daripada nas-nas qati’e dan dalil-dalil, Nabi s.a.w tidak langsung diperintahkan Allah Taala untuk menjadi seorang raja, sultan mahupun maharaja. Malah tawaran daripada kaum Quraisy untuk melantiknya sebagai maharaja Arab yang akan mendapat sokongan semua puak Arab di jazirah itu, ditolak oleh Nabi s.a.w sekalipun kalau berdasarkan kepada fahaman Nik Abdul Aziz, itu akan lebih memudahkan dakwah.

Walaupun cakap-cakap Nik Aziz bagi sesetengah orang dianggap sebagai ngarut orang tua, namun sebagai ikon serta pemimpin yang mempunyai jumlah pengikut yang bukan sedikit, cakap Nik Abdul Aziz itu wajar diperhalusi.

Anehnya, tiada sesiapa pun yang berani menegurnya. Mungkin kerana itulah, Nik Abdul Aziz kadang-kadang melampau dalam menyampaikan mesej politiknya.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz bukanlah satu-satunya pemimpin politik di Malaysia yang mampu menyesatkan umat Islam. Terlalu ramai sebenarnya dan mereka tidak hanya wujud dalam parti PAS sebaliknya turut wujud dalam UMNO.

Para pemimpin politik berusaha bersungguh-sungguh untuk menampilkan diri mereka dan ia adalah rukun utama dalam demokrasi yang dijunjung dan diamalkan. Hampir kebanyakan daripada mereka yang mengaku, dengan memilih mereka atau parti yang mereka wakili, akan mengubah banyak perkara di negara ini.

Hakikatnya, tiada satu pun yang akan berubah tanpa izin Allah Taala. Pergantungan kepada makhluk adalah perbuatan syirik. Pergantungan tidak hanya kepada makhluk halus seperti jin, syaitan, jembalang mahupun puaka, sebaliknya kepada para pemimpin.

Maka dalam hal ini, perhatikan pula bagaimana sikap Nik Abdul Aziz dan pemimpin-pemimpin yang sealiran dengannya. Orang berserban, berpakaian bagaikan golongan zuhud, bercakap tentang agama sekalipun ammarahnya begitu bernyala-nyala, langsung tidak berhati-hati apabila tersauk dalam perbuatan syirik. Mereka cepat-cepat akan menuding jari dan menyalahkan orang lain yang mereka anggap melakukan perbuatan khurafat, walhal lisan mereka yang menyebabkan mereka syirik, langsung tidak mereka awasi.

Fahaman inilah yang cukup merbahaya. Iman tidak musnah kerana pemimpin tidak menjalankan hukum-hakam Islam, sebaliknya Iman akan musnah apabila individu menanggalkan tawakkalnya kepada Allah Taala dan mengalihkannya kepada makhluk, parti politik, mahupun sistem ciptaan manusia.

Menarafkan Nabi s.a.w sama dengan manusia lain, seperti kata Nik Abdul Aziz bahawa Nabi Muhammad s.a.w hanyalah budak kampung sama seperti kita, sebenarnya mengarah kepada penafian keistimewaan baginda s.a.w di dalam akidah umat Islam walhal Allah Taala telah pun mengajar sekalian manusia tentang solawat-Nya serta sekalian malaikat ke atas baginda Rasulullah s.a.w.

Sehebat manapun ilmu agama seseorang, apabila penghinaan diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada secara terang-terangan mahupun secara halus dan terselindung, orang berkenaan hanyalah agen Iblis atau lebih tepat lagi syaitan-syaitan nyata yang dinyatakan oleh Allah Taala dalam ayat 60 Surah Yaasin.

Tidak perlu mencerca Nabi Muhammad s.a.w itu dengan perkataan-perkataan jahil, sebaliknya cukup mengatakan Nabi Muhammad s.a.w itu seorang yang mengenal huruf, ianya adalah satu pendustaan dan penghinaan besar ke atas baginda!!!

Dipetik dari : Perak Today

6 comments:

d said...

Salam Perjuangan,

Saya ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas. Saya memang mengikuti perkembangan blog Tuan sepanjang masa.

Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

Saya akan turut sama membantu dalam mendedah dan membongkar strategi kotor pembangkang.

PRK Galas menjadi titik permulaan untuk kita lebih bkerja keras dalam memastikan BN kembali menawan Kelantan demi membela nasib rakyat.

Saya tlhpun linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..

Harap Tuan juga dapat linkkan blog saya bagi memperkenalkan kepada pengunjung di blog anda..


SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

Melayu CinDia
Blogger GELOMBANG RAKYAT.

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

eM JaY... said...

steady puok2 kito.linkkan blog ambo retek dehh..
www.suaratimur.blogspot.com

Anonymous said...

mengapa pehak berkuasa tidak menyiasat sama ada nik aziz telah tergelincir..
jika dibiarkan tidakkah ia akan jadi lebih parah..dan merosakan akidah umat islam dinegara ini..
tidakkah kita rasa takut akan bala yg munkin menimpa...lantaran sikap kita yg membiarkan pekara ini..

Anonymous said...

mohon dilindungi negara kita dari bala..

Anonymous said...

Paderi nick aziz bawa ajaran islam ala Pas beruk kpd juak2 beruk...ramai juak pas yg bodoh telah diperbodohkan oleh paderi nick aziz ttg agama,hasilnya lahirlah "ekstrim animal"baring tengah jalan,penipu,caci maki...ni semua akhlak juak pas yg diajarkan oleh tuan guru paderi nick aziz...akhlak seperi "animal crazy" telah diserapkan selama 20thn kedlm hati juak pas beruk...maka apa saja yg benar juak pas tak akan percaya selagi paderi nick aziz tdk menyatakan dr mulutnya sendiri...take beeer!

Anonymous said...

bahaya lagi fahaman Najib