Lahirnya blog ini pada hari ini bersempena mengambil semangat kemenangan bergaya BN di Galas dalam pilihanraya kecil dua hari lepas.
Sebelum semangat kemenangan pudar, kami mengambil langkah untuk memanjangkan semangat tersebut di sini agar momentumnya berkekalan sehingga pru akan datang dengan misi agar kita berjaya menawan Kota Darulnaim.
Bukan satu perkara yang mustahil untuk merebahkan Pas di sebuah negeri yang digambarkan sebagai lubuk kuat mereka. Di mana ada kemahuan , disitu ada jalan.
Keputusan pru 2004 menyaksikan Pas memerintah Kelantan dengan kelebihan dua kerusi sahaja. Mereka hilang dua pertiga di Dun. Lebih malang lagi dalam dua kerusi berkenaan, satu daripadanya hanya dimenangi dengan majoriti dua undi di Dun Kemuning dalam parlimen Machang.
Kemudian datang pula prk Pengkalan Pasir dimana adun Pas bagi kawasan berkenaan meninggal dunia. Tanpa disangka dan diduga BN berjaya menawan kerusi berkenaan yang terletak dalam kubu kuat di Pasir Mas.Pas hilang satu lagi kerusi.
Maka memerintahlah Pas di Kelantan dengan kelebihan dua undi sahaja. Jika Pas kuat di negeri yang digambarkan sebagai lubuk mereka , adalah sesuatu yang tidak logik mereka dapat memerintah sebuah negeri dengan kelebihan dua undi sahaja.
Seperkara lagi, sekiranya Pas kuat di Kelantan maka sudah tentu calon-calon BN yang bertanding di Kelantan selama ini kehilangan wang deposit pilihanraya. Tetapi itu tidak pernah berlaku.
Semua itu menunjukkan Pas sebenarnya tidak kuat di Kelantan.Mereka yang menggambarkan mereka kuat hinggakan orang-orang kita termakan dengan perkara itu.
Sekiranya kita mempunyai semangat dan bersatu padu, Insyaallah Pas akan berjaya kita tolak ke tepi. . Kita telah berjaya membuktikannya di Galas, kita juga hampir berjaya membuktikannya di Manek Urai.
Kedua-dua tempat itu adalah di negeri yang digambarkan Pas kuat dan kerusi milik Pas. Kenapa kita boleh pada masa itu ? Jawapannya adalah kerana semangat, bersatu padu dan kerja berpasukan. Semuanya boleh dibuat,antara nak atau tidak sahaja. Tepuk dada tanya selera.
Oleh yang demikian marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri serta menanam tekad untuk menawan Kota Darulnaim dalam pru akan datang.
Di kesempatan ini juga kami ingin memberitahu tentang blog ini.
Blog ini adalah sebuah blog bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, tetapi condong kepada BN. Tidak semestinya apabila kami condong kepada BN , maka kami tidak akan mengkritik atau menegur BN. Kami tidak mengamalkan budaya ampu-mengampu. Mana yang tak betul kami akan bedal, agar ianya dapat menjadi pengimbang kepada BN supaya tidak hanyut.
Blog ini tidak terikat dengan berita-berita Kelantan sahaja. Apa-apa berita pun kami siarkan, cuma pembahagiannya 60-40.
Artikel untuk Kelantan kami tetapkan sebanyak 60 % , manakala 40 % untuk artikel-artikel lain termasuk isu nasional. Kami juga tidak terikat dengan berita-berita politik sahaja,apa-apa berita yang kami rasakan perlu untuk selera pembaca kami akan siarkan. Termasuklah berita umum, sukan, hiburan, rencana dan lain-lain.
Kami mengalu-ngalukan sebarang artikel, pandangan atau pendapat. Sila e mel kepada kami di gelombang_merah@yahoo.com
No comments:
Post a Comment