Wednesday, April 25, 2012

Rakyat Nak Air Bukan Nak Meter Air


Sejak tahun 2000 kerajaan pusat telah menghulurkan menyalurkan peruntukan RM1.058 bilion, termasuk pinjaman tanpa faedah RM597 juta untuk Kelantan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih .

Tidak cukup dengan itu Kementerian Luar Bandar telah memperuntukkan RM265 juta untuk bekalan air dan menaik taraf loji pula RM81.5 juta. Jabatan Kesihatan pula telah memberi peruntukan RM53.4 juta.

Tidak tamat disitu kerajaan pusat sediakan pula sumber dan bekalan air seperti membina loji dan penyambungan paip, yang kemudiannya diserahkan secara percuma kepada Air Kelantan Sdn. Bhd. untuk mengutip hasil. 

Bermacam-macam bantuan dan pertolongan yang kerajaan pusat berikan untuk mengatasi masalah air di Kelantan, tapi sampai ke hari ini tak selesai-selesai lagi. 

Kenapa tak selesai dan kemana duit pergi ?

Semua itu telah terjawab semalam apabila SPRM dari Putrajaya sendiri turun ke Kelantan bagi menyerbu AKSB dan seterusnya menjalankan siasatan. 


Patutlah masalah air tak selesai-selesai sebelum ini sedangkan duit dan segala kemudahan telah diberi. Rupa-rupanya ada udang disebalik batu. 

Antara siasatan yang SPRM bakal lakukan adalah menyisat kontrak penukaran meter pintar air sebanyak 80,000 unit dan kos puluhan juta ringgit untuk membina loji air di Kampung Sireh.

Masalah nak bekal air kepada rakyat tak selesai-selesai, masalah air yang dibekalkan kotor tak selesai, tiba-tiba boleh pula untuk keluarkan duit bagi menukar meter-meter air di rumah pelanggan. Apa guna ada meter pintar kalau air tiada atau kotor. Rakyat nak air bukan nak meter pintar. Rakyat nak kepala otak pemimpin-pemimpin Pas pintar untuk mengatasi masalah air. Bukannya rakyat nak meter yang pintar.

Matlamat menghalalkan cara, semua itu dilakukan demi projek untuk kroni dan habuan pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika ditakdirkan mereka dapat duit royalti minyak yang dituntut berbilion-bilion entah ke mana hilang duit itu pun tak taulah. Kalau yang kerajaan pusat beri satu bilion untuk atasi masalah air pun tak selesai-selesai dan berlaku rasuah pula, bagaimana nak urus duit royalti yang berbilion-bilion ?

3 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

salam, blog tuan sudah dipaut

Anonymous said...

Apa cerita blog tak update? Tak dapat payment ka?

Anonymous said...

guana kecek xabih ni?????????