Tuesday, April 24, 2012

Israel Pun Boleh Jalinkan Kerjasama Dengan Kelantan ?

Husam Musa Sedang Menandatangani MOU Bersama wakil Iran di Kota Bharu pada 22/4/2012
Kerajaan Kelantan sedia menjalin kerjasama dagangan dengan mana-mana negara untuk faedah rakyat negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, mana- mana negara yang ingin menjalinkan kerjasama dengan Kelantan akan diterima tanpa ada pengecualian. Semua negara adalah sama taraf.

Itu kata Husam Musa di majlis menandatangani MOU untuk menjayakan ekspo kebudayaan Iran di Kota Bharu Mei nanti.

Tujuan Husam berkata begitu adalah untuk menutup tindakannya membawa masuk budaya dan fahaman syiah ke Kelantan. Maka dia berkata semua negara sama taraf dan boleh jalinkan kerjasama dengan Kelantan. Apabila perkataan semua negara digunakan, maka termasuklah sekali dengan Israel. 

Hutang Eskpo Cheng Ho belum habis dibayar lagi hinggakan Aziz Desa terpaksa menuntutnya melalui facebook, kini Husam nak anjur eskpo budaya Iran yang berfahaman syiah pula di Kelantan.

Duit Kelantan dihabiskan untuk penganjuran ekspo yang tak sudah-sudah demi untuk meningkatkan imej politiknya. Rakyat nak masalah air diselesaikan. Rakyat nak pekerjaan yang bagus di negeri mereka sendiri tanpa perlu berhijrah negeri lain. Ekspo bukannya boleh mendatangkan duit kepada negeri atau rakyat. Tetapi duit rakyat pula yang akan dikaut oleh penganjur untuk dibawa ke negara mereka. 

3 comments:

Alisha Residenc said...

anda boleh sila pertukaran pautan, sila? Saya akan melakukan perkara yang sama,
laman saya http://alisharesidence.blogspot.com/
berharap anda jangan keberatan

atuk ko said...

komen hambar, langsung takde substance. tajuk hanya gimik murahan pecacai umno.apa benda la lu, mat.

Anonymous said...

aku tgk expo tu lebih kurang sama aja, chng ho lah, halal lah, aku jrg pergi sbb nak cari parking susah