Wednesday, February 16, 2011

Haji Latiff And Menantu vs Nik Aziz And Menantu

Bukan kami nak berlagak atau nak bercakap besar. Walaupun blog ini baru berusia empat bulan lebih tetapi ianya berjaya menggegarkan keluarga Nik Aziz. Hasil dari pendedahan di blog inilah yang membuatkan SPRM membuka mulut menyatakan siasatan terhadap Ariffahmi masih lagi berjalan.

Sepertimana yang dinyatakan dalam entri kami bulan disember tahun lalu tentang pengumuman SPRM membebaskan Nik Aziz dari tuduhan salah guna kuasa kerana melantik menantunya sebagai CEO PMBK dimana pengumuman itu disambut 'gembira' oleh Ariffahmi dan isterinya. Sedangkan SPRM tidak pernah mengumumkan Ariffahmi bebas dari tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Dia pula yang lebih-lebih gembira dengan membuat kenyataan di blog isterinya dan disambut dengan kenduri kesyukuran di rumahnya. Sila klik di sini.

Bertitik tolak dari situ kami bangkit dan membongkarkan sedikit demi sedikit tentang penyelewengan Ariffahmi semasa menjawat jawatan CEO. Akhirnya di penghujung bulan Januari yang lepas SPRM Kelantan mengumumkan siasatan penyelewengan dan salah guna kuasa Ariffahmi masih lagi berjalan.

Hari isnin lepas pula SPRM Kelantan mengumumkan siasatan terhadap Ariffahmi telah selesai dan failnya telah diserahkan kepada ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk tindakan selanjutnya. Harap-harap Ariffahmi dan isteri buatlah kenduri kesyukuran sekali lagi.

Berapa lama SPRM nak perap kes tersebut kita semua tak tahu. Ariffahmi akan didakwa atau tidak kita pun tidak pasti. Kita tahu Ariffahmi ada kabel-kabel besar termasuk dikalangan orang-orang Umno sendiri yang boleh 'kaw tim' kesnya dengan SPRM supaya tidak didakwa. Kami di Gelombang Merah akan dedahkan siapakah kabel-kabel besar Ariffahmi di kalangan orang Umno Kelantan apabila sampai masanya kelak.

Kita sama-sama tunggu dan lihat apa kesudahannya kes tersebut. Silap-silap Kerajaan Perpaduan Umno-Pas pula dijadikan taruhan untuk membebaskan Ariffahmi dari pertuduhan.

Soal SPRM dakwa atau tidak Ariffahmi kita serah kepada kebijaksaan mereka walaupun dalam masa yang sama kami meragui pegawai-pegawai SPRM yang bertugas di Kelantan kerana kebanyakan mereka adalah pro Pas.

Kami di Gelombang Merah tidak akan berhenti mendedahkan penyelewengan serta salah guna kuasa Ariffahmi. Kami mahu supaya rakyat tahu siapakah menantu kepada seorang Tok Guru yang kononnya suci.

Hari ini kami ingin membongkarkan satu lagi salah guna kuasa Ariffahmi.

Dalam PMBK orang pertama menjawat jawatan CEO adalah seorang wanita yang bernama Puan Hajah Fadhilat. Orang yang bertanggungjawab membawa beliau ke PMBK adalah Datuk Paduka Haji Husam Musa. Beliau memilih PHF kerana prestasinya yang bagus dan memang menjadi hasrat Datuk Paduka Haji Husam untuk memilih orang yang bagus-bagus bagi membantu pembangunan negeri Kelantan dan seterusnya boleh menolong rakyat.

PHF pada masa itu bekerja di Proton dan timbul pula masalah pada masa itu kerana Proton enggan melepaskannya kerana prestasi kerjanya yang bagus. Akhirnya beliau terpaksa bertugas di dua tempat. Dalam seminggu tiga hari beliau akan bertugas di PMBK dan dua hari di Proton.

Pada masa itu Ariffahmi telah bekerja di PMBK dan berjawatan ketua sektor hartanah. Ariffahmi pada masa itu bukan seorang pekerja yang bagus dan dia sering diberi memo oleh PHF.

Diringkaskan cerita, pada 31 Januari 2008 PHF telah meninggalkan PMBK kerana terdapat terlalu banyak gangguan dan tangan-tangan halus yang cuba mengacau tugasnya.

Sehari selepas itu iaitu pada 1 Febuary 2008 Ariffahmi telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) PMBK daripada ketua sektor hartanah. Sebelum PHF berhenti beliau ada memberi memo kepada Ariffahmi kerana tuntutan elaun yang melampau (over claim) dan menahan tuntutannya dari dibayar.

Sehingga ke saat PHF berhenti Ariffhmi tidak pernah menjawab sebarang memo yang diberikan oleh PHF. Dia nak tunjuk gedebe kerana dia menantu MB.

Dua minggu selepas dilantik sebagai COO Ariffahmi sekali lagi menunjukkan gedebenya apabila mengeluarkan memo menaikkan kadar tuntutan kerja luar tanpa kelulusan MB sebagai pengerusi sedangkan dalam enakmen PMBK dinyatakan secara jelas hanya MB yang boleh meluluskannya.

Dalam hal ini Ariffahmi cuba bermain silap mata atau pun dalam bahasa kasar dipanggil menipu. Memo yang dikeluarkannya yang bertarikh 14 Febuari 2008 telah diundurkan ke belakang tarikh berkuatkuasanya memo berkenaan.

Secara jelas di perenggan akhir memo berkenaan menyatakan tarikh berkuatkuasanya ialah pada 1 Januari 2008.

Kenapa tarikh itu dipilih ?

Supaya dia dapat kembali segala tuntutan-tuntutan melampaunya yang ditahan oleh PHF sebelum itu.

Haprak punya Ir, tuntutan ratus-ratusan ringgit pun nak menipu.

Dalam hal ini Ariffahmi telah menyalahgunakan kuasanya , kerana arahannya supaya memo berkenaan berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 tidak boleh dipakai kerana pada tarikh berkenaan dia belum lagi menjawat jawatan COO. Dia dilantik sebagai COO pada 1 Febuari 2008. Apatah lagi memo berkenaan tidak pernah mendapat kelulusan MB selaras dengan enakmen PMBK.

Seorang menantu MB yang bergelar Tok Guru pun hendak menipu tuntutan elaun. Nasihat kami di Gelombang Merah kepada Nik Aziz, tolong betulkan akhlak dan aqidah ahli keluarga sendiri terlebih dahulu sebelum nak bercakap pasal islam di luar sana.

Cuba anda lihat kembali cara Ariffahmi menipu seperti diatas , caranya lebih kurang sama sebagaimana cara Nik Aziz menipu semasa dia hendak melantik Ariffahmi sebagai CEO. Sila klik di sini

Mereka berdua memang serasi sebagai pak mertua dan menantu. Sama-sama pembohong dan sama-sama penipu. Sama seperti dalam filem madu tiga. Harap-harap Nik Amalina dapat siasat suaminya samada suaminya ada isteri lain atau tidak. Menantu bapakkkkkkkkk.....

Dalam filem madu tiga - Jamillllll.........

Di negeri Kelantan - Arifffffff..........

Dalam filem madu tiga syarikat pak mertua dan menantu namanya 'Hj.Latiff & Menantu Co Ltd'. Di Kelantan pula ada 'Hj Sponsor Aziz & Menantu Hantu Kelantan Ku Punya Sdn Bhd'

Sebagai penutup kami ingin meninggalkan sedikit pesanan kepada kakitangan-kakitangan SPRM Kelantan supaya bertindak dengan adil dalam kes Ariffahmi. Jangan kerana ada di kalangan anda yang menjadi penyokong-penyokong Pas maka anda tidak melakukan siasatan yang bersungguh-sungguh terhadapnya kerana malu alah dengan Nik Aziz.

Pesanan juga kami ingin tinggalkan kepada orang-orang tertentu dalam Umno yang cuba menjadi kabel penyambung kepada Ariffahmi dengan pemimpin-pemimpin besar kerajaan pusat supaya SPRM menutup kesnya.

Kami tahu siapa anda dan kami akan dedahkannya satu hari nanti kerana kami tidak mahu ada musuh-musuh dalam selimut yang boleh merencatkan usaha BN menawan Kelantan.

36 comments:

Anonymous said...

bagus terjah daripada gelombang merah di kelate. tapi kawe rasa payah juga rakyat kelate nak berubah, hijau situ juga la. Pun gitu kawe pun tahu puak2 UMNO lebih2 lagi melakukan perkara sebegini. Kita bulih buka file masing2. Harap gelombang merah bongkarkan hok alik UMNO plak! ada brani? Dok tunjuk taik orang, acu tengok taik punggung demo tu... cuci ko dok lagi.......

Anonymous said...

ada brani bongkar hok UMNO plak ke?

Team Gelombang Merah said...

jgn jadi bodoh
selama ini kamu semua sering berkata umno jahat dan rasuah. pas bersih dan suci.
adakah sekarang benar pas tidak jahat ? tidak rasuah? pas bersih ? pas suci ? otak jgn jadi seperti katak bawah tempurung

goodlistener said...

KITA LIHAT PUAK PENYOKONG PAS, SEPATUTNYA SEBAGAI PENYOKONG PARTI ISLE(DEPA KATA) MEMANDANG PENYELEWANGAN SEBAGAI SATU PERKARA BIASA TANPA SEGAN SILU MENYOKONG TINDAKAN MENANTU POK NAJIS. INI ADALAH MARUAH SEORG YG SENTIASA BERCAKAP BERKENAAN NAHI MUNGKAR TAPI SEBALIKNYA DIA DAN AHLI KELURGA BERGELUMANG DGN KEMUNGKARAN, TERUS GM KEBENARAN AKAN TIBA JUA SATU HARI NANTI.SYABAS MOGA ALLAH MEMBANTU DLM URUSAN KEBENARAN INI

hassan said...

Ambo tahu lamo doh Umno =Yahudi,Kat dunia ni ramai yang berlumba-lumba mengambil sistem islam sebagai cara hidup menggantikan konvensioUMNO. Sistem yang kurang maksum kita sama-sama maksumkan. Takkan terus dengan konvensioUMNO ala jahiliah

Anonymous said...

gelombe meroh...
tok kesah la bowoh purong ke dok
bongkar la jugok hok alik umno
baru la org suko macam abg tie kita(MSO)dua dua dia bantai kalu ada hok tok keno..dosa tok kiro pah ke umno...
takut gelombe meroh jadi meroh muko jah.ingat purong...ingat peribahasa klate
'ambik purong nyo jate kencing dale purong pah tu tilik muko sendiri"
sale dari pade pasir

Cikgu Di said...

Salam persaudaraan buat tuan....

Dunia blogger adalah dunia pendedahan yang mana isu diketengahkan adalah melalui pendapatan dan siatan yang dibuat oleh penulis blog tersebut. Kesahihan mau pun gosip atau fitnah maka para pembaca harus terbuka dan menilainya sama ada benar atau tidak.

Hari ini maklumat dapat diperolehi dengan cepat tampa dapat disembunyikan. Dunia tampa sempadan. Jangan pula kerana kita terlalu taksub dengan satu-satu parti politik maka bila terdedah kepincangan maka kita tetap menegak benang yang basah. Seharusnya kita selidiki kebenarannya.

Berpihaklah kepada yang betul walaupun kata-kata itu pahit miski pun dari lawan.Baru kita tahu kesilapannya. Setiap kita mempunyai kelemahan maka perbaikilah kelemahan tersebut bila ditegur jika kita ingin berubah. Bukan mencaci balik teguran yang diberi seolah-olah kita saja yang betul. Apa mungkin kitalah yang terbaik sekali ?

Untuk bloger Gelombang Merah pastinya mereka tetap bertanggungjawab dengan apa yang dilaporkan. Begitu juga bloger yang pro pembangkang. Kita seharusnya setiasa membaca dan peka terhadap kedua pandangan blogger barulah kita bermaklumat dan tidak terlalu sempit dalam mencari kebenaran. Dunia politik banyak sepak terajangnya. Bukalah kedua blog tersebut buatlah penilaian sendiri. jangan mudah melenting bila terkena kritikan kerana kita tak sehaluan dengan satu-satu parti politik yang kita sukai kerana dunia politik banyak putar alam.....walahualam.

Ore Klate said...

Semogo Gelombe Meroh berjayo. Rakyat Klate perluke perubehe. Kami dok relo PAS bekerjosamo denge Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

Boleh ke orang UMNO tolong tutup kes? Patutlah banyak kes yang terlepas, rupanya orang besar boleh tolong tutup. Orang SPRM jangan bersubahat dengan hantu PAS, dengan jembalang UMNO tak pe. Hapuskan hantu dalam PAS, biar dalam UMNO je tinggal.

Anonymous said...

Jangan lupa, dedahkan sekali tabung memali & kohila .. Harakah ada berani?

Chauvinist1959 said...

Dinasihatkan kepada semua ahli serta penyokong PAS diseluruh Malaysia, anda tidak perlu bimbang apabila melakukan dosa waima dosa besar sekalipun ini kerana sebuah pusat pengampunan dosa khas untuk ahli dan penyokong PAS telahpun diwujudkan di negeri Kelantan, untuk maklumat lanjut sila layari laman web ini :-

http://www.akuampundosakamu.com

antipas said...

yg penting org Pas dah mengaku diaorg pun ada taik. maknanya org Pas pun berak jugak. Kalau tak berakt tak sihat , boleh jadi busiung

tokgaru said...

Fikirkan Selagi Boleh

Jauhkan diri daripada parti Pas selagi mana Pas tidak bercerai dengan DAP. Kajilah hubungan Pas-DAP. Siapa peralat siapa ? Siapa perguna siapa ? Siapa pekuda siapa ?

dan….. siapa yang jadi DONKEY atau KALDAI ???

Nik Aziz ?
Karpal Singh ?
Lim Kit Siang ?
ATAU
Lim Guan Eng ?

anda ada jawapan nya …..

tokgaru said...

Minta maaf kepada semua pelawat.

Posting Tokgaru bukan saja2 nak menyerang Nik Aziz. Tapi adalah kerana :

1. Nik Aziz banyak bawa "jahanam" kepada masa depan kuasa politik melayu.
2. Nik Aziz banyak bawa "jahanam" kepada masa depan politik islam di negara ini.
3. Nik Aziz banyak bawa "jahanam" kepada perpaduan melayu.
4. Nik Aziz banyak bawa "jahanam" kepada perpaduan umat islam di negera ini.
5. Nik Aziz banyak bawa "jahanam" kepada parti Pas itu sendiri.

Tanyalah kepada pemimpin dan ulamak Pas yang bersikap liberal.

6. Nik Aziz banyak membuka ruang dan peluang kepada "puak nam jahanam" yang selama ini memang menanti peluang untuk "mengais" melayu daripada menduduki tampuk kuasa secara terus menerus.

Siapa puak "nam jahanam" itu ... anda pun tahu.

Tokgaru walau pun selama ini berat kepada Umno, tapi Tokgaru tak benci Pas.

pada Tokgaru, Nik Aziz dalam Pas ni ibarat virus HIV yang akan menyerang dan melemahkan daya tahan Pas untuk menentang serangan penyakit "nam jahanam" yang akhirnya menyebabkan orang melayu akan menjauhkan diri kerana takut untuk mendekati Pas.

pemimpin2 besar dalam Pas kena fikir lah tentang benda ni:

"lagi lama lu orang simpan Nik Aziz, lagi banyak rusak nya Pas"

anda boleh tanya kepada Prof Ahmad Atori Hussain

tokgaru said...

Siapa Nik Aziz dalam Pas

Nik Aziz dalam Pas ni ibarat virus HIV yang akan menyerang dan melemahkan daya tahan Pas untuk menentang serangan penyakit "nam jahanam" yang akhirnya menyebabkan orang melayu akan menjauhkan diri kerana takut untuk mendekati Pas.

pemimpin2 besar dalam Pas kena fikir lah tentang benda ni:

"lagi lama lu orang simpan Nik Aziz, lagi banyak rusak nya Pas"

anda boleh tanya kepada Prof Ahmad Atori Hussain.

tokgaru said...

Nak tanya orang kelantan.

Pas perintah kelantan cara isle. Pas kata membangun bersama isle. tapi yang pusat pelacuran tak sampai 400 meter dari rumah Nik Aziz, hok tu isle juga kut ????

Anonymous said...

Salam..
huhu bace puak2 PAS ni hoyak gedebe belako..
taksub sampai nak mampoh..Ajis tu Tuhe ko?? bodoh belako puok2 nih

dok kesoh nge UMNO gapo..doh mu kata UMNO tu jahat.. la ni kita nok tgok hok alih sano hok kata baik2 suci belako..dok ghoyak kerajaan isle?
kalo hok alih sano bijok pandai agamo pun jahat mengaloh ke UMNO..
kira UMNO tu baik jugok la..sbb UMNO tu leh kato jahil.
hok puak mu lagu mano??? dosa halal belako deh?? gedebe puok PAS ni..
ISLE puok demo letok celoh kankang ja..

Anonymous said...

sume saloh umno...ni la kato PAs totok...kalu ore pas behe jubo bini ore pon umno yng saloh...anok jd jhat pon sloh umno..otok dok palo lutut set ni...
nik ajis tu pewaris nabi ko? jeng2.. jauh sekali klu lihat perangai ngan sunnah nabi..
kalu ikot pemerintahan islam ore klate xperlu bayar cukai tanoh, cukai pntu..cukai parking...ore bukan islam jah keno..ore islam kenae byar zakat jah...sapow2 hok keno saman parking...caro islam ko kalu denda makin naek 10riyal lewat shari pahtu sapa 50riyal kalu xsilap klu lewat 15 hari.. pasal pelacuran meme ado di klate..disco pon ado...kalu dr segi kerbersihan kalte gok juara..laen malas ambo nk royat..g cari sendiri..benda kecik gini tok ikot islam...pahtu guano nok wat benda besar...gapo PAS wat utk islam?
1. dlu umno kerjasama ngan mic n mca haram..lorni boleh plop pAS ngan DAP..guno ayat mendekatkan DAP ngan islam..PAS dr thun 1990 ngan DAP bakpo bru lorni cakap nk mndekatkan DAP ngan islam..dlu xreti ko nk mndekatkan islam... adakah cara g majlis kematian ore DAp leh mndekatkan dap ngan islam..siap g tunduk tu...ambo hok bodo pon tau hukum...

2. dlu kate umno kroni...bile pas kroni guna modal nabi pon kroni..

3.PMBK tolong rkyat r tolong nik ajis... ladang luas melata2 ada getah ade klapa sawit.. harpan rakyat dapat minyak masak free tapi hampa bangsa n agama laen lain yng dapat tanah free... ore islam boleh 400riyal sbulan..tu pon kroni yng dapat bukan ore susah..

4.projek kambing lagu mano..duit rakyat abis keneo kokok... projek ketam hebat bukan maen tapi hampas yang dapat..


5..bla..blaa..

6. blala byk sngat nok taip...pk sendri

- ikan kapilla a.k.a ikepilla bla..bla ore pc kmumin..

Anonymous said...

HeHeHe....
Umno atau Pas, sesiapa yang terlibat dengan rasuah, sama2 la jumpa di neraka. SPRM sekalipun jika menyeleweng, akan menjadi sebahagian ahli neraka jugak. Dosa yang disorokkan/dihapuskan bukti di dunia, akan jelas dan nyata di akhirat kelak. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Ramai malaun salah faham buat jahat sekali tak boleh, banyak kali takpe. Bila buat jahat sekali, akan timbul niat untuk buat jahat lagi. Sebab itulah jangan buat jahat. Contoh: merokok,dadah. Tak ramai yang boleh berhenti. Sebab itulah kilang rokok maju dan tokan dadah kaya.

Unknown said...

Salam GM. Tolong link portal 'FoN Online' aku kat hang.

link :http://www.flowersofnation.my/index.php/berita-utama/politik

Thnak u in advance dari Zul..Wassalam

Anonymous said...

Assalammualaikum, kepada pengendali Blog Gelombang Merah, saya perhatikan posting terakhir blog ini ialah pada hari Rabu, 16 Februari 2011. Kalau betul-betul nak tawan Kelantan sepatutnya pengendali blog ini kena aktif dari segi mendapatkan berita-berita terkini. So kena aktif sikit bro.... kalau tidak baik lupakan aje nak tawan Kelantan.

Anonymous said...

patutlah puok2 UMNO nie lepas jah dr apa2 hukuman..meme paka "kaw tim" deh sokmo2..baru kawe tau..! kpd tuan punya tanah gelombang merah, sedarlah setiap apa yg anda tulis tidak smua nya betul..yg mna salah mnjadi satu fitnah..

fyi :: pic TGNA sedang bg duit tue bkn rasuah tp zakat pd org asli yg bru diislamkan beliau. sekian!

Anonymous said...

patutlah puok2 UMNO nie lepas jah dr apa2 hukuman..meme paka "kaw tim" deh sokmo2..baru kawe tau..! kpd tuan punya tanah gelombang merah, sedarlah setiap apa yg anda tulis tidak smua nya betul..yg mna salah mnjadi satu fitnah..

fyi :: pic TGNA sedang bg duit tue bkn rasuah tp zakat pd org asli yg bru diislamkan beliau. sekian!

Living Seed said...

bila nak update admin???

Anonymous said...

Haaa..haaa ada yg bagus dan ada yg tak bagus.Dari cerita gelombang merah ni mcm mcm ada dan nak dibuktikan tapi tak pula ada bukti.Tak usahlah nak menuduh kalau tak ada bukti.politik sebegini menyempitkan otak.Bukan kah kita dah lantik SPRM..maksudnya orang orang umno setuju lah ye dengan pandangan pembangkang yang mengatakan SPRM,polis dan badan badan lain tidak telus dan amanah dlm menjalankan tugas???Jangan buka pekung didada.Wassalam

Anonymous said...

Aku tersangat2lah menyokong Anun 2.11 pm, kita nak tengok muka2 Hantu Raya PAS yang beserban dan beketayap sanggup songlap duit Tabong Mamali yang ditubuhkan konon2 untuk Anak2 Yatim dan Ibu Tunggal.....

Pukimak punya Parti...!

Anonymous said...

kepada sesiapa saja penyokong pas atau umno.terimalah kesilapan,jangan menyokong kejahatan.samaada pas atau umno.jangan tegak benang yang basah. dimana kah amal maarof nahi mungkar.

TOKGURU86 said...

Sah Nik Aziz dah nyanyuk la. Nik Aziz kena tipu ngan menantu hidup2 la. Kesian kamu Nik Aziz. Si Ariffahmi memang kaki kelentong sejak Tok Kenal beliau dari dulu lagi. Arrifahmi kaki pompuan.

Anonymous said...

tak dok sapa nak update ko blog ni niiii. kalu nak buat pah tu sengeh gitu gak baik x sah buat laaaaa, buat nyemak jah.

Anonymous said...

aku rasa PRU13 gelombang merah mata
orang UMNO.Duit jolok pengundi habis ttp kalah teruk. merah hati pula kot.
Penulis gelombang merah tak tulis nama...kecut kena saman kot.

Anonymous said...

PAS buat apa pon xpa...masuk "syurga" terus...hahahah...bodoh punya PAS....budak2 pon bleh pikiaq....

Anonymous said...

Berita2 psl menantu tu benda biaso jah.. Dlm paper2 pun duk crito lbh krg mcm tu je... Xtahu mana satu betul.. Tp yg kawe kejut, psl menantu TGNA ni ado kabel2 besar dikalangan org2 UMNO yg blh lepaskan kesnya... Wow hebat betul kabel tu... Sdgkan org Pas pun dia blh tlg lepaskan kes apa2 pun.. Inikan pula kes2 org UMNO sendiri... Xpayah ugut, kalau gelombang meroh berani ada batu, dedah je nama kabel2 besar UMNO tu... Huhuhu...

kel13 said...

Bukti PAS pun mengamalkan kronisme.

Anonymous said...

tersangat lah banyaknya kes2 pihak pembangkang diterbengkalaikan, walau dengan bukti2 kukuh, mengapa?????

Unknown said...

Ini berita2 dari Malaysia ya?

mail: harishadikusuma@apps.ipb.ac.id
web: http://harishadikusuma.student.ipb.ac.id/

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259