Wednesday, January 12, 2011

Pembongkaran Penyelewengan Ariffahmi - Siri 1

Tempoh yang panjang kami tidak mengemaskini blog ini bukannya bermakna kami berdiam diri atau kami menghilangkan diri. Tempoh tersebut kami gunakan untuk mencari maklumat sebaik mungkin. Apabila bahan sudah cukup ditangan maka kami akan kembali menemui anda.

Pasukan kami bekerja degan bersungguh-sungguh selama 24 jam satu hari mencari maklumat serta bahan-bahan bukti. Kami menyusup masuk ke Kota Darulnaim, ke pejabat PMBK, berada di kedai-kedai kopi bersama pemimpin dan orang-orang Pas.

Kami bersyukur kerana kebanyakan kerja yang kami lakukan mendapat kerjasama dari banyak pihak dan orang-orang Pas sendiri. Kalau tidak kerana kerjasama mereka mustahil setakat ini kami berjaya kumpul enam biji fail salah guna kuasa melibatkan Pas sepanjang pemerintahan mereka.

Boleh dikatakan rata-rata kakitangan kerajaan atau kakitangan anak-anak syarikat kerajaan negeri dan orang-orang Pas semuanya telah jemu dengan pemerintahan Nik Aziz di Kelantan yang penuh dengan kepura-puraan serta pembohongan.

Hari ini kami sekali lagi ingin membongkar penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan menantu Menteri Besar Kelantan.

Pada 23 julai 2009 Ariffahmi serta isterinya Nik Amalina telah mengambil penerbangan KELAS BISNES Malaysia Airlines dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan pada 25 julai 2009 dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Harga tiket untuk kedua-dua penerbangan tersebut untuk seorang RM 847.00. Untuk dua orang mereka perlu membayar RM 1694.00.

Menaiki penerbangan kelas bisnes bukannya menjadi satu kesalahan. Sesiapa sahaja boleh menaikinya asalkan mempunyai wang yang cukup.

Dalam hal ini kami tidak berniat untuk mempertikaikan Ariffahmi dan isterinya menaiki pesawat kelas bisnes, yang kami pertikaikan dan kami hendak berkongsi dengan anda semua ialah wang yang digunakan untuk membayar tiket tersebut.


Sila perhatikan nota tulisan tangan dalam kotak
Soft launch Kel fist, Pn N.Amalina PMBK guest dan pengiring Datin Tuan Sabariah

Pada masa kejadian Ariffahmi menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) di PMBK.

Dengan jawatan yang dipegangnya pada masa itu beliau tidak layak untuk mendapat kemudahan penerbangan kelas bisnes yang dibiayai oleh PMBK. Beliau hanya layak dapat tiket kelas ekonomi, manakala isterinya tidak layak mendapat apa-apa kemudahan.

Jangan kata untuk isterinya, untuk beliau sendiri pun tidak layak dapat kelas bisnes.

Dalam hal ini Ariffahmi telah melakukan dua penyelewengan iaitu menggunakan penerbangan kelas bisnes yang dibayar oleh PMBK sedangkan beliau tidak layak. Kedua menggunakan wang PMBK bagi membayar tiket penerbangan untuk isterinya.

Untuk menghalalkan tindakannya membayar tiket kelas bisnes bagi isterinya dengan menggunakan wang PMBK maka beliau menggunakan alasan, Nik Amalina (isterinya) adalah tetamu PMBK dan juga pengiring kepada Datin Tuan Sabariah (isteri) untuk majlis 'soft launch' Kelantan Fiesta 2009.

Kenapa perlu Nik Amalina yang menjadi pengiring kepada ibunya sedangkan PMBK ada ramai staff perempuan untuk menjadi pengiring ?

Datin Tuan Sabariah ke majlis tersebut atas kapasitinya sebagai isteri MB Kelantan, sepatutnya pengiring untuknya disediakan oleh pejabat MB bukannya dari pejabat PMBK.

Sekarang anda boleh lihat bagaimana mereka mentadbir negeri dan juga syarikat milik kerajaan negeri. Mereka lakukan umpama mentadbir sebuah syarikat sendirian berhad.

Semata-mata untuk menghadiri majlis 'soft launch' Kelantan Fiesta 2009 habis anak beranak (ayah, mak, anak, menantu) berangkat ke KL dengan menggunakan duit rakyat.

Mungkin sebab itulah Kelantan Fiesta 2009 menjadi huru hara. Semuanya kerana balasan dari Allah kerana terlalu banyak sangat henky penky yang dilakukan oleh keluarga seorang ulama dalam menjayakan majlis berkenaan.

Jika Nik Aziz benar-benar seorang ulama dan keluarga Nik Aziz adalah keluarga ulama, sekarang kami cabar Nik Aziz arahkan anak dan menantunya pulang balik duit tiket kapal terbang tersebut. Mereka tidak layak mendapatnya dan itu bukan hak mereka.

Tolong jangan bagi alasan Umno buat itu ini tidak salah, kami buat salah. Tolong buktikan apa yang kamu semua ucap dan cakap sebelum ini kononnya kamu semua lebih baik dan lebih suci dari Umno.

Kami di Gelombang Merah memberi tempoh selama seminggu kepada Ariffahmi dan isterinya untuk memulangkan kembali wang tiket penerbangan berkenaan kepada PMBK dan buat hebahan di media serta memohon maaf kepada seluruh rakyat Kelantan diatas kesilapan yang telah dilakukan.

Jika mereka berdua tidak melakukan perkara tersebut sehingga jam 9.00 pagi 19 januari 2011 kami akan terus bongkarkan segala jenis penyelewengan yang dilakukan oleh Ariffahmi dan Nik Aziz.

17 comments:

Anonymous said...

mane tau ianye business class? sbb harga tu ke? what if ianya bukan business class? kalu book flight ticket last minutes bukan mahal ke?
just curious..

Anonymous said...

bukan return tiket utk dua org ke tu..thats mean, RM400 pegi, and RM400 balik x 2 person?

thought standard economy class punye harga?

just curious..

MUHAMMAD NORZAMRIZAL said...

looooo.....report je la sprm....abis cerita...

kalau betul bersalah, af patut ke penjara...

tapi kalau sekadar fitnah, pemfitnah dipersilakan ke neraka...

living@seed said...

hmmmm kali ni isu biasa jer...
tak cukup sedap sangat!!

hehe

KL BOYZ said...

Salam perjuangan..Mantap dan jelas penerangan yang dinyatakan...
Harap dapat dilink blog KL BOYZ disini...
Perjuangan masih jauh berliku..Terima Kasih.
http://klboyzwangsa.blogspot.com

Anonymous said...

check kat mas airline website... mmg bisnes kelas pun.

Anonymous said...

a'ah betul...

isu tak best. tak hot.

tak mc citer menantu pm dulu

dan citer paria2 dia kat kb

huhu...

next plssss...

inal said...

nak curi duit,jangan ambil tunai,nanti terasa bersalah sebab nampak sifat duit tu,kalo nak ambik, ambik cara sistem 'barter'.baru orang tak nampak....
tapi ..sendiri tanggonglah diakhirat.

ameng said...

july 2009, bukan ke dia dah jadi CEO masa tu? kalau btol COO sekalipun kenapa tak boleh dapat keistimewaan tu..COO kan antara jawatan paling kanan.

ISAC said...

Tak tahulah dengan PMBK, tapi selalunya ketua syarikat memang layak travel guna business class, cuma bab isteri tu patut kena bayar sendiri...

JO said...

Itu le awak-awak tu...suka sorok benda tak baik bawah karpet...dan tak gentelmen.....cuba buat cabaran contoh buktikan!...cabar artikal tu ...buat aduan kalu benar, tuan punya diri jawap ke...itu baru kita ada otak...bukan asyik menidakan tanpa usul priksa....kalu kita parti Islam berani kerana benar...la ni Parti kecut telok...

Anselmo said...

Anjing DAP ni, kalu puak dia semua benar, bermewah-mewah duit rakyat tak rasa bersalah. Ptuih..! Pope Nick Ajis..Binatang politik. Penjual agama. Penjilat PAS masih tak mau menerima kebenaran. Konon nak dirikan daulah Islamiyah..! Ba.i lah Pope Nick Ajis dan sekelian penyokong tegar PAS. Golongan penyesat umat. Perangai melebihi pendita yahudi dan nasrani. Munafik melampau binatang politik PAS,PKR dan DAP ni.

Inspekter Sahab said...

..nasihat ambo yg fakir ini kpd Gelombang Merah dan pihak tertentu, kalu betul2 nak bongkar ttg amalan rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan atau agensi kerajaan hendaklah dibuat dgn cara yg betul..bukan dgn cara 'hit and run'..ianya tidak akan kemana hanya dapat 'syok sendiri' yg kononnya kita ni serba tahu..

..contohnya dlm kes 'sponsor haji Tok Guru serta keluarga', apa sudah jadi dgn kes tu..kalu kita sudah geger satu kampung sudah tentu pencuri yg sudah masuk dlm rumah akan lari lintang pukang dan tinggalkan barang curian itu..

..buatlah kerja dgn ikhlas dan berhemah..kumpul segala bukti dan buat repot kpd pihak berkuasa..kalau tidak, sampai kiamat pun keadaan tidak akan berubah..

Anonymous said...

sangap nak naik flight ke?nak guna duit sendiri tak nak pulak.harap tuan blog bongkar kan lagi salah laku arif pahmi ni

adf55650 said...

Alahai......nak sibuk gapo? Depe rasuah ke, berzina ke tetap masuk syurga jugak. Yang penting undi PAS, masuk le syurga.
Nak riso ape pun? Kalau agak was was, g jumpe Nik Ajis. Die telifon je Allah, dah boleh maafkan.
Patut le DAP dah ramai masuk Isle....

Si Miskin said...

MB Nik Aziz / Datin, bawa jurutaipnya ke luar negeri / luar negara hingga ke makkah itu siapa yang bayar tambang, makan minumnya ?, atas sifat apa ?. GB patut siasat.

ore gunong said...

Kita tunngulah nasib gelombang merah sama macam guanodemo dulu, ditelan gelombang rakyat menolak puak-puak lembu 1malaysia ni.