Monday, December 13, 2010

Kenang Jasa: 400 Ekar Balak Untuk Arriffahmi

Untuk pengetahuan pembaca, kasih dan sayangnya Nik Aziz kepada menantunya sungguh luar biasa sehinggakan pada 16 Ramadhan 1430 dia pernah berkata di depan kakitangan-kakitangan kerajaan negeri di Masjid SUK bahawa Ariffahmi adalah seorang menantu mithali.

Kesihatan Nik Aziz terganggu sejak isnin lepas. Semuanya kerana menantu kesayangannya. Dua perkara yang meresahkan Nik Aziz.

Pertama kerana rahsia sudah bocor. Baru-baru ini Nik Aziz telah meluluskan 400 ekar balak kepada Ariffahmi kononnya untuk mengenang jasa Arif semasa berkhidmat di PMBK.

Jabatan Hutan telah mengeluarkan surat kelulusan. Bagaimanapun kawasan balak berkenaan tidak diberi terus ke atas nama Arif. Bagi melindungi kegiatan kronisme dan rasuah mereka kawasan balak berkenaan diberi kepada Razak Abas atau pun lebih di kenali dengan nama Abe Jak Selak Kain.

Selepas selesai urusan menjual kawasan oleh Razak Abas, wang tersebut akan pergi kepada Ariffahmi dan sedikit kepada Abe Jak sebagai upah serta sedikit kepada tabung Pas Kelantan atas nama derma.

Itulah Nik Aziz yang orang-orang Kelantan anggap sebagai suci dan bersih.

Perkara kedua yang membuatkan Nik Aziz semakin tidak sihat apabila beliau telah mendapat tahu Ariffahmi akan didakwa di mahkamah oleh SPRM dalam masa terdekat ini kerana terlibat dalam salah guna kuasa semasa menjawat jawatan CEO PMBK.

Nik Aziz bertambah runsing dan kesihatannya semakin terjejas sebaik sahaja mendapat berita mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo ditahan dan didakwa oleh SPRM pagi isnin lepas.

Dia tahu masa untuk menantunya menjadi seperti mantan Menteri Besar Selangor semakin hampir. Itulah yang meresahkannya dan kesihatannya terjejas sehingga ke hari ini dan terpaksa ditahan di hospital.

Ahli keluarga Nik Aziz cuba membohongi rakyat kononnya beliau sihat. Hakikatnya pada satu hari dalam minggu lepas bacaan darah tinggi Nik Aziz 180/120. Jika ada penurunan pun hanya sedikit sebanyak, tetapi masih berada pada paras yang tinggi.







11 comments:

eM JaY... said...

memer bengong dan kucar kacir.mintak2 lah jua sprm bertandang ke negeri kita bumi wahyu negeri serambi mekah.kasi bongkar .kita rakyat jer tterus d tindas dalam kepimpinan ulamak yang menipu dan bual jah banyak.nak ludah atas kaki arifahmi,tttuuuiiiihhhh...!!!

Anonymous said...

Salam Bro...nak komen sikit pasal background website ni MERAH sangat, berpinau mata bila membaca sampai rasa mcm nak muntah.
saya cadangkan background yg ada wording tu dinormalkan mungkin belakang hitam tulisan putih ke?

akok_kedut710 said...

demo ado bukti ko???jange duk tuduh la..doso wei..ado bukti xpo la

Anonymous said...

Merah sangat lah website ni boss! Sakit mata nak baca...

Anonymous said...

banyok benar ko mengupoh buleh, tak pade bae nak jawab dalam kubur seesok. biar pado-pado la bae. macer MB kedoh kata wat keja ikut islam la selamat kita.

Anonymous said...

MB Kedah lagi bodo piang .. malu aku jadi rakyat Kedah ..

Anonymous said...

Oii sewdapnya mengata orang. kita ni baik sangat ko? kalu baik taklah tyuduh orang kerana duit semata. Mati tetap mendatangi kito. Jangan sedap mengata orang bodoh, sebenarnya mengata orang bodoh tu dia yang sebetulnya bodoh. Kalu malu nak jadi rakyat Kedah, keluar dari Kedah, jadi hamba Cina lagi baik...lu memang layak lah.

Anonymous said...

Gelombang merah ni tak akan sampai kemana kerana cerita yang di keluarkan tak masuk akal langsung.Dimana SPRM dan badan badan berkanun lain???tido ke,buat la laporan polis.Buat bloger-bloger gelombang merah saya nasihatkan pergi kursus lagi kerana sebagai manusia yang tak terikat dgn mana mana parti politik saya tak mempercayai cerita ini.sekian

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam

merah tu berani tegak kebenaran

mari kita lihat sapa yg takut bila kebenaran nak tegak....

di dunia pon dah takut pada kebenaran

di akhirat nanti x tau la broooo

nama pon takut nak masukan bila komen hehehehe
lempar batu sembunyi tangan la tu

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam

merah tu berani tegak kebenaran

mari kita lihat sapa yg takut bila kebenaran nak tegak....

di dunia pon dah takut pada kebenaran

di akhirat nanti x tau la broooo

nama pon takut nak masukan bila komen hehehehe
lempar batu sembunyi tangan la tu

Anonymous said...

kepada pembaca-pembaca sekalian..

dah agaknya ada yang xnampak lagi, kita terangkan, kupaskan n tunjukkan kepada yang kononya masuk syurga kalao sokong PAS.


Pas ni kalau betol sangat, dalam ceramah terutamanya dalam masjid atau surau, jangan suka2 laa nak maki org dah cakap Islamic sangat
mana iSlamic??

menuduh pandai:-

kalau nak tuduh baik xpayah cakap laa, bukti tu penting, mana jalan yang elok untuk kawasan MANAL, Tanah Merah (pr bukit panau)??

weh, rim kereta kawe pecoh pijok lube sapo nok bayar???? PAS ko???? Air kotor sapa anok bini naik kudis buta! nok buat rawatan mung ingat muroh ko???? Ado ko PAS bui sumbangan??? xdok boh!

kecek selekok gak ugamo! Mung main2kan laa ugamo ni sek2 PAS!
Doh kalu pakoh PAS masuk syurgo gak mano bukti???? ambo nok bukti!


LONI SEK2 KAWE HOK DULU SEPENGGAL NI PAKOH ABE FATAH LONI NOK BALIK KO UMNO IKOT PUOK2 MUNG LA HOK BUTO LAGI!!!