Friday, December 10, 2010

Benarkah Nik Aziz Suci ?

Sudah lama kita tidak mendengar cerita tentang menantu mithali MB Kelantan, Abdul Ariffahmi semenjak dia meninggalkan PMBK secara tergesa-gesa disaat orang-orang Kelantan sedang kalut tentang sokongan Ku Li terhadap tuntutan royalti minyak Husam Musa.

Walaupun telah meninggalkan PMBK tetapi kami difahamkan Ariffahmi masih lagi terlibat dengan sebuah projek usahama Kerajaan Kelantan dengan pihak swasta iaitu projek Bandar Baru Tunjung. Ariffhami sekarang dikatakan bersama dengan syarikat milik seorang bekas pemimpin Umno Selangor yang kini bersama Pas dimana syarikat itu adalah syarikat yang diberi kepercayaan untuk membangunkan projek bandar baru itu.

Cekap sungguh bekas pemimpin Umno berkenaan menyambar peluang dengan mengambil menantu mithali MB dan meletakkan dalam syarikatnya. Jika tiada udang disebalik batu, tak mungkin orang seperti Ariffahmi dipandang oleh syarikat tersebut. Kami akan menjelaskan kemudian maksud udang di sebalik batu berkenaan.

Cuma hari ini kami hendak berceritakan kronisme yang diamalkan oleh Nik Aziz. Adik kakak jangan ingat Nik Aziz itu maksum dan bersih sangat.

Selepas bekas CEO yang awal Puan Hajjah Fadhilat meninggalkan PMBK pada Januari 2008, Nik Aziz terus melantik menantunya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO). Sebelum itu Ariffahmi memegang jawatan ketua sektor hartanah.

Perlantikan Ariffahmi oleh Nik Aziz tidak menyenangkan ramai kakitangan PMBK yang lain kerana sebelum itu Arfiffahmi pernah menghadapi beberapa tindakan disipilin dan pada masa itu masih ada satu lagi memo tindakan disiplin yang dibuat oleh pentadbiran sebelum itu (pentadbiran Hajjah Fadhilat) belum lagi dijawab oleh Ariffahmi.

Kebiasaannya peraturan kepada penjawat awam yang ada memo tindakan disiplin tetapi tidak menjawabnya tidak boleh dipertimbangkan untuk sebarang kenaikan pangkat dan sebagainya.

Tetapi itu tidak berlaku kepada Ariffahmi kerana dia menantu kesayangan MB. Nik Aziz membutakan matanya dan memekakkan telinganya, tanpa mengambil kisah semua itu dia meneruskan juga perlantikan itu.

Itulah wajah MB yang apabila berada di pentas ceramah menceritakan tentang kejujuran dia memerintah negeri seperti Khalifah Umar Abdul Aziz yang pelita kerajaan pun tidak berani digunakan apabila mereka tidak melakukan urusan kerajaan.

Bermula daripada situ kakitangan PMBK mula tidak menyenangi Ariffahmi dan kemudiannya ditambah pula selepas itu apabila Arfiffahmi banyak menggunakan kuasanya melakukan perkara-perkara yang menimbulkan kemarahan kakitangan. Antaranya ialah tindakan mengubah sistem dasar tanpa mengambil kira siapa yang sepatutnya melakukan itu.

Kebanyakan kakitangan bahagian keewangan dan pentadbiran merasa bahawa keadaan mengamcam sebab mereka banyak diminta oleh Ariffahmi melakukan sesuatu yang tidak betul.

Setelah setahun berada di kerusi COO Ariffahmi terus melangkah ke puncak yang paling tinggi dalam PMBK dengan bantuan pak mertuanya.

Pada 29 September 2009 satu mesyuarat jawatankuasa penasihat PMBK telah diadakan dan dipengerusikan oleh Nik Aziz sendiri. Semasa mesyuarat berjalan dan minit dicatitkan tidak ada sepatah haram pun keluar dari mulut Nik Aziz yang beliau akan melantik Ariffahmi sebagai CEO PMBK yang baru.

Selepas 'round table' yakni setelah selesai mesyuarat tiba-tiba Nik Aziz bersuara dengan mengatakan dia ada pengumuman untuk dibuat. Ahli-ahli jawatankuasa mesyuarat menjangkakan Nik Aziz ingin membuat pengumuman tentang perkara lain yang tidak ada kena mengena dengan PMBK kerana mesyuarat telah selesai.

Tiba-tiba Nik Aziz berkata dia telah melantik menantunya sebagai CEO PMBK berkuatkuasa 20 September 2009. Cuba anda lihat di sini betapa liciknya Nik Aziz, satu keputusan yang penting dia telah lakukan 9 hari sebelum mesyuarat , diumumkan setelah mesyuarat selesai dan setelah minit mesyuarat ditutup.

Nik Aziz tidak berani mengumumkan perkara itu semasa mesyuarat sedang berlangsung kerana bimbang ianya menjadi bahan perdebatan dalam mesyuarat atau mendapat tentangan jawatankuasa penasihat PMBK dan seterusnya boleh membantutkan usahanya melantik menantu sebagai CEO.

Pada masa itu walaupun perlantikan sudah dibuat, tetapi surat belum dikeluarkan lagi. Surat hanya dikeluarkan pada 7 Oktober 2010. Diantara tarikh pengumuman yang dibuat oleh Nik Aziz iaitu pada 29 September hingga 7 Oktober beberapa orang besar PMBK dan kerajaan negeri pergi menemui Nik Aziz dan mereka melahirkan rasa tidak puas hati dengan perlantikan itu.

Lalu pada 7 Oktober, Nik Aziz telah memanggil Ariffahmi ke pejabatnya bagi memaklumkan perasaan tidak puas hati beberapa pihak tertentu. Yang paling celakanya, sewaktu ke pejabat Nik Aziz Ariffahmi telah membawa bersama draf surat perlantikannya sebagai CEO yang didrafkan olehnya sendiri.

Apa mereka dua beranak bincangkan tidak diketahui, tetapi selepas keluar dari bilik MB Ariffahmi senyum lebar dan seolah-olah berada dalam keadaan yang gembira sangat-sangat.

Tiba-tiba keesokan harinya seluruh kakitangan-kakitangan PMBK dan jabatan-jabatan kerajaan terkejut kerana mereka telah menerima pekeliling tentang perlantikan Ariffahmi sebagai CEO PMBK yang baru.

Rupa-rupanya semasa dua beranak berkenaan berada dalam bilik MB pada hari sebelumnya, Nik Aziz telah menandatangani surat perlantikan Ariffahmi yang didrafkan olehnya sendiri.

Lihatlah bagaimana mereka menguruskan negeri, seolah-olah menguruskan sebuah syarikat sendirian berhad. Boleh pilih jawatan apa yang dikehendaki , kemudian buat surat sendiri dan bawa pergi kepada pak mertua untuk tandatangan.

Adakah rakyat Kelantan masih nak mengatakan Nik Aziz bersih dari segala penyelewengan ?

Akan datang: Kisah Ariffahmi mengarahkan kakitangan kerajaan berada dalam hutan berhari-hari bagi mencari tanah untuk Tamrin Ghaffar dan seterusnya bagi membolehkan beliau mendapat komisyen jutaan ringgit.

4 comments:

Bentaraguru said...

Membaca kisah Arifahmi dengan Menteri Besar Nik Aziz ini, MASYA-ALLAH. Hebat lakonan Nik Aziz ini. Memang bukan itu sahaja, banyak lagi. Belum masuk beri kawasan balak kepada kroni-kroninya. Tolong buka semua, semoga rakyat Kelantan kenal siapa sebenarnya Nik Aziz ini. Arahan MB Nik Aziz kepada SUK supaya tukar pegawai pun ada. Banyak.........la.

santauangin said...

Itulah caranya seorang Wali ( kononya ) mentadbirkan negeri kelantan ini yg telus dgn mengikuti cara ISLE yang dianuti olehnya. Masakan semua ini tidak disedari oleh rakyat kelantan. Tapi mungkin juga rakyat kelantan dah sebati dgn cara Waliyul ini memerintah negeri mereka.

Tapi yg menjadi persoalan sekarang andaikata BN dapat merampas Kelantan ini, adakah cara yg sama yg akan di lakukan oleh pemerintah baru nanti. Ataupun 2x5, 5x2. Untuk pengetahun kita semua memang susah di zaman sekarang nak cari manusia yg bergelar Khalifah di muka bumi ini boleh mentadbir negara mengikut kehendak ISLAM. Kalau ada pun 1 dalam 10000.

Jadi sama sama di fikirkan.

Anonymous said...

Saudara GM,kenapa dedah bukti lambat sangat......isu ni dah sejuk dah....yang terlibat pun dah jadi hartawan semua.....cuma yang duk bodoh dan miskin ialah rakyat dan penyokong taksub aja..

Mr Paktam said...

masyaallah..apa dah jadi tok guru nih,betul la org tua2 selalu kata,kalau kita suka menuduh org lain buat sesuatu benda yg tak baik bermakna kita pun pernah buat benda yg kita tuduh org lain buat tu kan..
Azmin dan cerita dongeng