Wednesday, November 10, 2010

Ladang Rakyat Lubuk Pitih Untuk Pas


Walaupun isu Ladang Rakyat banyak diperkatakan semasa prk Galas dan BN telah pun menang, ini tidak bermakna isu tersebut tidak perlu diperkatakan lagi. 

Ianya harus berterusan kerana kita mempunyai misi yang lebih besar lagi selepas ini iaitu menawan Kota Darulnaim.

Penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Pas harus didedahkan habis-habisan kepada rakyat. Biar rakyat tahu siapa sebenarnya Pas.

Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan  ditubuhkan setelah diluluskan oleh Dewan Negeri pada 21hb. Februari 2006.

Untuk menghalalkan penubuhan tersebut mereka mengatakan untuk menolong orang-orang miskin di Kelantan bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka. Setelah seseorang peserta Ladang Rakyat telah keluar dari garis kemiskinan mereka akan dikeluarkan sebagai peserta dan akan digantikan dengan orang baru.

Kebanyakan ladang-ladang yang dibuka adalah di daerah Hulu Kelantan iaitu di Gua Musang. Orang yang berkuasa penuh ke atas Ladang Rakyat adalah Timbalan MB Kelantan iaitu Ahmad Yakub.

Apa yang dikatakan oleh Pas untuk menolong orang-orang miskin adalah pembohongan semata-mata. Yang sebenarnya tujuan Ladang Rakyat ditubuhkan adalah untuk menyelamatkan kerajaan Pas Kelantan agar tidak jatuh dalam pru 12 setelah memerintah dengan satu kerusi sahaja selepas pru 11 dan prk Pengkalan Pasir.

Siapa peserta Ladang Rakyat yang sebenarnya ?

Ketua kampung, pemimpin Pas cawangan dan ahli-ahli Pas yang setia yang dipilih dari kampung-kampung di seluruh pelusuk negeri Kelantan termasuklah mereka yang sudah senang atau kaya.

Kenapa mereka dipilih ?

Kerana mereka-mereka inilah orang yang boleh diharap untuk menjadi radio buruk bagi membawa cerita sekeliling kampung mereka tentang kehebatan Kerajaan Pas Kelantan dan keajaiban serta mukjizat-mukjizat yang ada pada Nik Aziz.

Apa yang mereka dapat apabila menjadi radio buruk ?

Mereka dibayar RM 200-300 sebulan untuk tugas tersebut bergantung kepada jawatan.

Kenapa Pas perlukan radio buruk ?

Untuk menakut-nakutkan orang kampung dengan menggunakan agama dengan harapan mereka akan mengundi Pas dalam pru 12 (2008) agar Pas terus kekal memerintah Kelantan kerana pada masa itu mereka sudah berada ibarat telur di hujung tanduk.

Bagaimana radio-radio buruk (peserta) dibayar elaun mereka ?

Setiap bulan peserta wajib menghadiri 'kursus motivasi'. Kursus yang dimaksudkan adalah ceramah oleh pemimpin-pemimpin Pas negeri bagi mendapatkan info untuk disebarkan ke kawasan-kawasan mereka. Selesai ceramah mereka akan diberi dividen Ladang Rakyat. Mana-mana peserta yang tidak hadir sebanyak tiga kali akan dikeluarkan dari Ladang Rakyat.

Pernahkah peserta ke ladang mereka ?

Tidak pernah sama sekali. Malah mereka tidak tahu pun dimana ladang mereka dan apa yang ditanam. Mereka hanya dapat sijil sebagai peserta dan bayaran bulanan.

Tentu kita juga tertanya-tanya bagaimana mereka dapat membayar dividen dengan cepat kepada peserta sedangkan ladang belum mengeluarkan hasil. Apabila soalan ini ditanya oleh adun BN dalam sidang dun kepada Timbalan MB, beliau hanya menjawab "itu bijak kito lah".

TMB cuba lari daripada menjawab soalan tersebut kerana takut tembelangnya pecah.  Yang sebenarnya tanah-tanah yang dijadikan Ladang Rakyat adalah hutan yang mana ianya ada balak.

Perbadanan Ladang Rakyat akan jual kawasan-kawasan tersebut kepada tauke-tauke cina. Duit yang jual balak itulah yang digunakan untuk membayar dividen peserta. 

Dalam urusan jual beli tersebut banyak juga penyelewengan yang dilakukan pemimpin Pas dan masuk poket mereka. Apabila balak sudah ditebang barulah tanah-tanah itu digunakan untuk dibuat ladang dan menanam sayur-sayuran.

Di sinilah kita boleh lihat bagaimana liciknya Pas menipu. Dalam dewan mereka buat enakmen Ladang Rakyat bagi mengambil tanah, tetapi mereka tidak menyebut balak-balak yang ada atas tanah tersebut yang bernilai puluhan atau ratusan juta yang jauh lebih tinggi dari harga tanah.

Itu dalam dewan, yang diluar dewan perkara sebenar yang mereka inginkan ialah balak, balak, balak, balak.Tanam sayur berapa sen sangat boleh dapat.Melalui balak itulah mereka buat duit, bukannya melalui tanaman di ladang. Yang masuk buku adalah hasil dari tanaman ladang, hasil balak tidak masuk buku sebaliknya masuk kantung Pas dan pemimpin-pemimpin mereka.

Hasil daripada ladang yang ditanam itulah yang akan benar-benar dapat kepada orang-orang miskin, itu pun belum tentu, silap-silap dibalun kroni Pas juga. Setakat ini tidak ada lagi ladang-ladang yang mendatangkan hasil , kerana sejak ditubuhkan 2006 hingga kini sebahagian tempat sahaja yang baru mula menanam. Selama ini hanya proses penebangan dan pengeluaran balak sahaja yang berjalan.

Masih banyak lagi tempat yang balak belum ditebang dan dikeluarkan. Itulah puncanya ada rakyat miskin yang dapat sijil Ladang Rakyat tetapi tidak dapat hasil sepertimana yang didedahkan semasa prk Galas. Ini kerana hasil yang sebenar-benarnya daripada ladang belum keluar lagi, bagaimana mereka nak bayar kepada peserta.  Yang dapat hasil selama ini adalah kroni-kroni Pas sahaja daripada hasil balak bukannya dari hasil tanaman di ladang.


Rakyat Kelantan jangan ingat seorang yang bergelar ustaz iaitu TMB Kelantan adalah seorang yang baik dan maksum kerana dia bergelar ustaz. Dialah orang bertanggungjawab menjahamkan tanah-tanah dan balak .Kelantan melalui skim Ladang Rakyat.

Sebagai penutup, enakmen perladangan rakyat yang diluluskan oleh Dun Kelantan pada tahun 2006 adalah cara untuk menghalalkan Pas mengeluarkan balak secara besar-besaran di Kelantan bagi kepentingan politik mereka dan kroni-kroni mereka. Semua wakil rakyat Pas yang menyokong usul berkenaan di Dun Kelantan telah pun mendapat habuan masing-masing.

Itulah wajah Pas yang sebenarnya yang berselindung di sebalik jubah, serban, kopiah dan janggut mereka serta melalak siang dan malam atas pentas ceramah kononnya BN rasuah, BN salah guna kuasa dan sebagainya. Sedangkan merekalah iblis yang sebenarnya.


.

8 comments:

  1. tkasih atas penjelasan pjg lebar.perkara ini perlu disebarkan kpd rakyat kelate

    ReplyDelete
  2. salam gelombang merah,

    syabas krn memulakan sesuatu yg hak! teruskan perjuangan memaparkan kerakusan pas.

    ada baiknya paparan2 ini dijelamakan dlm bentuk flyers, risalah2 @ helaian2 yg disebarkan ke merata2 ceruk bandar & kampung seupaya mrk yg tidak memiliki internet, yg tidak kenal blog atau media baru dapat menafaat dari berita2 ini. selama ini mrk hanya didendang2kan oleh pemimpin2 mrk dlm ceramah2 yg saban mlm diadakan di merata2 ceruk & tidak akan terpengaruh hanya dgn mendengar dari orang lain.

    kali ini biar mrk baca, tengok sendiri gambar2 yg lebih impromptu & tepat. kali ni biar pas yg merah mata melihat risalah2 ini bertebaran merata2...

    ReplyDelete
  3. Syabas atas pembangunan blog ini. Sama2 kita terus berjuang!

    ReplyDelete
  4. waduhhh weiii...

    boleh tak mu tuko backgroud kaler merah tu.

    berpinor mata ambo baca wei.


    abe

    ReplyDelete
  5. *off topic*
    merah betul blog ni..sakit mata :)

    ReplyDelete
  6. tahniah atas pendedahan yg dibuat, siye ko org kg.taksub dan buta tuli tu yg tiap2 bulan dtg beratur diberi wang sagu hati oleh adun2, apa2 pun kurangkanlah warna merah tu, senok mato ambo..

    ReplyDelete
  7. Aku xkn t,tipu dng apa yg kau ckp, x pyh nk fitnah.. Jga parti kamu m0lek, x pyh nk buruk2 1 sam laen

    ReplyDelete
  8. bijok demo cerito... masuk bukti bertulis sket., baru ore pecaya. suruh sapa2 ngaku peserta dan kena tindas giler baru gempak.... ni macam buat cerito jo. ,,, tak sahih langsung.

    ReplyDelete