Saturday, November 27, 2010

Ekspo Cheng Ho Guna Wang Gelap ?

Ekspo Cheng Ho yang diadakan di Kota Bharu sekarang adalah projek naungan Husam Musa.Ianya diadakan semata-mata untuk memulihkan imej Husam yang tercalar balar sejak dua tahun kebelakangan ini.

Maklumat dalaman yang diterima oleh TGM memaklumkan pada peringkat awal sebenarnya tiada syarikat dari China yang sanggup datang untuk menyertai eskpo tersebut. Kemudian Husam terpaksa beberapa kali berulang alik ke China bagi memujuk mereka menyertainya.

Walaupun dipujuk mereka tidak mahu menyertainya, kecuali ekspo tersebut diadakan di peringkat nasional bukannya di peringkat negeri. Husam mati akal kerana beliau telah beberapa kali terpaksa menangguhkannya akibat tiada penyertaan.

Jalan terakhir yang digunakan oleh Husam ialah 'main pitih'. Kami difahamkan setiap syarikat dibayar RM 50 ribu untuk menyertai ekspo tersebut. Jangan tersilap, bukannya syarikat yang nak menyertai ekspo perlu bayar RM 50 ribu kepada penganjur, tetapi setiap syarikat yang menyertai eskpo dibayar RM 50 ribu oleh penganjur (husam musa) beserta kemudahan lain termasuk hotel dan pengangkutan.

Mengikut laporan harakah daily lebih dari 200 syarikat dari China yang menyertai ekspo tersebut. Jika satu syarikat dibayar RM 50 ribu, bermakna RM 10 juta belanja yang perlu dikeluarkan untuk membayar kepada syarikat-syarikat yang hadir.

Itu belum diambil kira dengan kos-kos yang lain seperti penginapan, makan minum, pengangkutan serta kos untuk persiapan ekspo serta kakitangan bertugas. Rumusan kasar yang boleh dibuat, lebih kurang RM 20 juta perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk penganjuran ekspo berkenaan semata-mata Husam nak tunjuk dia hebat.

Soal nak tunjuk hebat atau tidak hebat adalah perkara kedua, soal utamanya dari mana Husam datang duit sebanyak itu untuk menganjurkan ekspo berkenaan sedangkan kerajaan negeri hanya memberi peruntukan sebanyak RM 100-200 ribu ?

Kami telah pun mendapat jawapannya. Kami difahamkan ianya menggunakan wang gelap hasil dari kegiatan haram Husam Musa sepanjang menjadi exco. Kami akan dedahkan satu persatu kelak. 

Usaha kita untuk menawan Kota Darulnaim masih mempunyai punyai masa lagi Kita tidak boleh menggunakan segala peluru yang ada dimasa sekarang. Apabila sampai masanya kita akan keluarkan segala jenis peluru , bom, dan sebagainya. 

Apa yang boleh kami katakan ialah, Ekspo Cheng Ho sebahagian dari titik tolak kejatuhan politik manusia durjana yang bernama Husam Musa.

Jika benar segala dakwaan yang kami terima ini, patutlah negeri Kelantan tak boleh maju dan masih ketinggalan. Seorang exco ada wang gelap berpuluh juta, cuba bayangkan jika sembilan exco lain pun begitu juga. Itu belum dicampur lagi dengan MB, pengerusi anak-anak syarikat kerajaan negeri dan anak beranak MB. Habis harta negeri dirompak oleh mereka,rakyat pula terus hidup merana.

Wednesday, November 24, 2010

Keluar Dari Tanah Haram, Nik Aziz Kembali Sihat


Dua gambar di atas di rakam beberapa hari sebelum ini Nik Aziz berangkat ke Mekah. Dia nampak sihat dan bertenaga.


Dua gambar ini pula dirakam sebaik sahaja di tiba di Mekah. Sakit dan tiada tenaga, nak berjalan pun tak mampu sehingga terpaksa guna kerusi roda.


Gambar ini pula dirakam hari ini sebaik sahaja dia tiba di Kelantan. Sihat, bertenaga dan ceria.Tiada kerusi roda pun untuknya.


Sebelum masuk Tanah Haram dia sihat, masuk sahaja Tanah Haram dia sakit, keluar dari Tanah Haram sihat semula.

Adakah bumi Mekah tidak mahu menerima Nik Aziz ?

Sama-samalah kita fikirkan.

Saturday, November 20, 2010

Bahayanya Fahaman Nik Aziz

Antara perkara yang paling cuba dielakkan oleh umat Islam ialah kegelinciran lisan atau lepas cakap tentang Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a. Larangan tentang pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w memang terkandung jelas, terutama dalam hadis baginda s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sentaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis Mutawatir.

Dalam Islam, pendustaan atas nama Nabi s.a.w adalah jenayah amat berat. Dimaksudkan pendustaan atas Nabi s.a.w adalah menyandar sesuatu perkataan, pengakuan atau perbuatan kepada Rasulullah s.a.w secara dusta. Nabi s.a.w langsung tidak ada kaitan dengan perkataan, pengakuan dan perbuatan yang disandarkan kepadanya.

Misalnya, menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda sesuatu yang Baginda s.a.w tidak pernah bersabda, berbuat atau mengakui sesuatu yang Baginda s.a.w tidak pernah melakukannya.

Sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai hadis atau sunnah. Adapun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w secara dusta, bukanlah dikategorikan sebagai hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasarkan apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’ (palsu) atau al-Mukhtalaq (rekaan).

Kalau diperhatikan dan dihalusi, antara salah seorang daripada pemimpin di negara ini yang cukup cenderung dan tanpa segan silu menipu atas nama Nabi Muhammad s.a.w adalah Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS. Sudah terlalu acap, Nik Abdul Aziz mencipta polemik dan cuba menarik perhatian dengan kaedah yang boleh menyebabkan iman golongan mubtadi atau awam, tergelincir.

Dalam kejadian terbaru, ketika berkempen di Galas, Nik Abdul Aziz menyatakan bahawa Nabi s.a.w turut berebut dengan Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufyan untuk menjaga negeri. Walhal daripada nas-nas qati’e dan dalil-dalil, Nabi s.a.w tidak langsung diperintahkan Allah Taala untuk menjadi seorang raja, sultan mahupun maharaja. Malah tawaran daripada kaum Quraisy untuk melantiknya sebagai maharaja Arab yang akan mendapat sokongan semua puak Arab di jazirah itu, ditolak oleh Nabi s.a.w sekalipun kalau berdasarkan kepada fahaman Nik Abdul Aziz, itu akan lebih memudahkan dakwah.

Walaupun cakap-cakap Nik Aziz bagi sesetengah orang dianggap sebagai ngarut orang tua, namun sebagai ikon serta pemimpin yang mempunyai jumlah pengikut yang bukan sedikit, cakap Nik Abdul Aziz itu wajar diperhalusi.

Anehnya, tiada sesiapa pun yang berani menegurnya. Mungkin kerana itulah, Nik Abdul Aziz kadang-kadang melampau dalam menyampaikan mesej politiknya.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz bukanlah satu-satunya pemimpin politik di Malaysia yang mampu menyesatkan umat Islam. Terlalu ramai sebenarnya dan mereka tidak hanya wujud dalam parti PAS sebaliknya turut wujud dalam UMNO.

Para pemimpin politik berusaha bersungguh-sungguh untuk menampilkan diri mereka dan ia adalah rukun utama dalam demokrasi yang dijunjung dan diamalkan. Hampir kebanyakan daripada mereka yang mengaku, dengan memilih mereka atau parti yang mereka wakili, akan mengubah banyak perkara di negara ini.

Hakikatnya, tiada satu pun yang akan berubah tanpa izin Allah Taala. Pergantungan kepada makhluk adalah perbuatan syirik. Pergantungan tidak hanya kepada makhluk halus seperti jin, syaitan, jembalang mahupun puaka, sebaliknya kepada para pemimpin.

Maka dalam hal ini, perhatikan pula bagaimana sikap Nik Abdul Aziz dan pemimpin-pemimpin yang sealiran dengannya. Orang berserban, berpakaian bagaikan golongan zuhud, bercakap tentang agama sekalipun ammarahnya begitu bernyala-nyala, langsung tidak berhati-hati apabila tersauk dalam perbuatan syirik. Mereka cepat-cepat akan menuding jari dan menyalahkan orang lain yang mereka anggap melakukan perbuatan khurafat, walhal lisan mereka yang menyebabkan mereka syirik, langsung tidak mereka awasi.

Fahaman inilah yang cukup merbahaya. Iman tidak musnah kerana pemimpin tidak menjalankan hukum-hakam Islam, sebaliknya Iman akan musnah apabila individu menanggalkan tawakkalnya kepada Allah Taala dan mengalihkannya kepada makhluk, parti politik, mahupun sistem ciptaan manusia.

Menarafkan Nabi s.a.w sama dengan manusia lain, seperti kata Nik Abdul Aziz bahawa Nabi Muhammad s.a.w hanyalah budak kampung sama seperti kita, sebenarnya mengarah kepada penafian keistimewaan baginda s.a.w di dalam akidah umat Islam walhal Allah Taala telah pun mengajar sekalian manusia tentang solawat-Nya serta sekalian malaikat ke atas baginda Rasulullah s.a.w.

Sehebat manapun ilmu agama seseorang, apabila penghinaan diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada secara terang-terangan mahupun secara halus dan terselindung, orang berkenaan hanyalah agen Iblis atau lebih tepat lagi syaitan-syaitan nyata yang dinyatakan oleh Allah Taala dalam ayat 60 Surah Yaasin.

Tidak perlu mencerca Nabi Muhammad s.a.w itu dengan perkataan-perkataan jahil, sebaliknya cukup mengatakan Nabi Muhammad s.a.w itu seorang yang mengenal huruf, ianya adalah satu pendustaan dan penghinaan besar ke atas baginda!!!

Dipetik dari : Perak Today

Monday, November 15, 2010

Pas Semakin Gelabah Dengan Video Panas



Pas terus gelabah dengan video yang semakin hangat di pasaran sekarang yang memaparkan sikap 'uhlamak' sebenar Nik Aziz.

Semalam tauke Ladang Rakyat Kelantan yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mendakwa Ustaz Md Nor Deris sebagai sesat.Sini

Itulah salah satu cara yang mesti digunakan untuk mencalarkan imej orang yang berani melawan tuan guru mereka. Ustaz Md Nor harus dicalarkan cukup-cukup supaya rakyat membencinya dan menyokong Nik Aziz.

Bersambung..

Sunday, November 14, 2010

Di Galas Sihat,Di Mekah Sakit,Kenapa ?

Gambar-gambar ini dirakam sepanjang kempen pilihanraya kecil Galas dari 26.10.2010 hingga 4.11.2010.

Cergas dan sihat walafiat.














Bukan setakat cergas berkempen, malah cergas bertengkar


Tetapi tidak sampai dua minggu selepas pilihanraya dan apabila tiba di Mekah tiba-tiba terpaksa disorong menggunakan kerusi roda. 

Kenapa ?

Friday, November 12, 2010

Nak 17 Tahun atau Nak 3-5 Tahun ?

BACHOK 12 Nov. - Jika kerajaan PAS Kelantan memerlukan 17 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu, Barisan Nasional hari ini berjanji untuk mengatasinya hanya dalam tempoh tiga tahun atau selewat-lewatnya satu penggal pemerintahannya.

Ketika membuat janji itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pengumuman kerajaan Kelantan yang rakyat negeri itu akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya dalam tempoh 17 tahun lagi adalah bukti kegagalan Pas memerintah negeri itu.
"Saya sangat kesal dan terkejut apabila mengetahui rakyat Kelantan perlu menunggu 17 tahun lagi untuk mendapat bekalan air bersih ini. Masalah ini boleh diatasi kalau rakyat bagi kepercayaan kepada BN (untuk perintah Kelantan).

"Kita akan dapat selesai hanya dalam tempoh dua atau tiga tahun sahaja atau paling lewatnya satu penggal (pemerintahan). Terserah kepada rakyat Kelantan nak tunggu 17 tahun lagi atau hanya tiga tahun, dan ini satu jaminan (kepada rakyat Kelantan),” katanya kepada pemberita selepas majlis menyambut ketibaan pemain bola sepak Kelantan dan perarakan Piala Malaysia di Dataran Perahu di sini hari ini.

Dipetik dari : Utusan Online

Nah rakyat Kelantan 

Nak tunggu 17 tahun atau nak selesai dalam masa 3-5 tahun.

Yang 17 tahun belum pasti lagi kerana sudah 20 tahun berjanji tapi tak terlaksana.

Yang 3-5 tahun sudah pasti kerana rekod sudah membuktikannya selama 50 tahun.

BN janji di Manek Urai, kalau menang nak buat jambatan dan masjid.

Bertanding kalah 65 undi.

Tapi , kalah pun buat juga.

Pas sudah 3 kali janji dan lima kali menang, tapi tak buat-buat lagi.

Nak 17 tahun atau nak 3-5 tahun ?

Tepuk dada tanya selera.

Thursday, November 11, 2010

Air : Pas Berjanji Lagi Setelah Dua Kali Memungkirinya

Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa rakyat Kelantan perlu menunggu selama 17 tahun lagi untuk menikmati air bersih yang sempurna.

Ini bermakna selepas tiga kali pilihanraya lagi. Sebelum ini sudah lima kali pilihanraya sejak 1990 rakyat Kelantan memilih Pas untuk mentadbir Kelantan.

Jika Pas menang dalam semua tiga kali pilihanraya akan datang bermakna selepas lapan kali pilihanraya dan selepas 40 tahun memerintah barulah rakyat Kelantan dapat menikmati air bersih.

Tetapi, itu belum tentu lagi. Ini kerana sebelum ini dua kali mereka telah memungkiri janji. Jika dalam bahasa kasar dipanggil munafik.

Setelah kerajaan pusat memberi bantuan sebanyak RM 500 juta Pas berjanji yang masalah air akan selesai menjelang Oktober 2004.

Pada tahun 2006 masalah tak selesai lagi dan mereka berjanji pula seluruh rakyat akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya pada 2010. 

Sekarang sudah tahun 2010, mereka berjanji lagi masalah air akan selesai 17 tahun lagi iaitu pada tahun 2027. Adakah janji itu boleh dipercayai ? 

Sekali bohong kita masih ok lagi, dua kali bohong pun kita boleh sabar lagi walaupun pahit, tiga kali bohong apa yang perlu kita buat ? Sepak sahaja Pas ketepi dalam pilihanraya akan datang.

Mereka menyebarkan fitnah serata negara kononnya BN suka berjanji dan tidak menepati janji. Dalam prk Galas mereka mencanangkan cerita kononnya BN tidak menunaikan janji-janji mereka di Manek Urai. 

Sedangkan itu adalah pembohongan semata-mata. Walaupun kalah BN tetap menunaikan janji mereka untuk membina jambatan di Kg Manek Urai Lama kerana mereka menang di peti undi berkenaan. Begitu juga dengan Masjid di Kg Temalir.

Itulah Pas, tahi di punggung orang dia nampak, tahi yang sudah kering sehingga di hurung lalat di punggungnya sendiri mereka tak nampak.

Apa lagi nak tunggu wahai rakyat Kelantan, kuatkan azam, bulatkan tekad dan kita sama-sama tendang Pas dari Kota Darulnaim dalam pilihanraya akan datang.Takbir !

Wednesday, November 10, 2010

Ladang Rakyat Lubuk Pitih Untuk Pas


Walaupun isu Ladang Rakyat banyak diperkatakan semasa prk Galas dan BN telah pun menang, ini tidak bermakna isu tersebut tidak perlu diperkatakan lagi. 

Ianya harus berterusan kerana kita mempunyai misi yang lebih besar lagi selepas ini iaitu menawan Kota Darulnaim.

Penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Pas harus didedahkan habis-habisan kepada rakyat. Biar rakyat tahu siapa sebenarnya Pas.

Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan  ditubuhkan setelah diluluskan oleh Dewan Negeri pada 21hb. Februari 2006.

Untuk menghalalkan penubuhan tersebut mereka mengatakan untuk menolong orang-orang miskin di Kelantan bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka. Setelah seseorang peserta Ladang Rakyat telah keluar dari garis kemiskinan mereka akan dikeluarkan sebagai peserta dan akan digantikan dengan orang baru.

Kebanyakan ladang-ladang yang dibuka adalah di daerah Hulu Kelantan iaitu di Gua Musang. Orang yang berkuasa penuh ke atas Ladang Rakyat adalah Timbalan MB Kelantan iaitu Ahmad Yakub.

Apa yang dikatakan oleh Pas untuk menolong orang-orang miskin adalah pembohongan semata-mata. Yang sebenarnya tujuan Ladang Rakyat ditubuhkan adalah untuk menyelamatkan kerajaan Pas Kelantan agar tidak jatuh dalam pru 12 setelah memerintah dengan satu kerusi sahaja selepas pru 11 dan prk Pengkalan Pasir.

Siapa peserta Ladang Rakyat yang sebenarnya ?

Ketua kampung, pemimpin Pas cawangan dan ahli-ahli Pas yang setia yang dipilih dari kampung-kampung di seluruh pelusuk negeri Kelantan termasuklah mereka yang sudah senang atau kaya.

Kenapa mereka dipilih ?

Kerana mereka-mereka inilah orang yang boleh diharap untuk menjadi radio buruk bagi membawa cerita sekeliling kampung mereka tentang kehebatan Kerajaan Pas Kelantan dan keajaiban serta mukjizat-mukjizat yang ada pada Nik Aziz.

Apa yang mereka dapat apabila menjadi radio buruk ?

Mereka dibayar RM 200-300 sebulan untuk tugas tersebut bergantung kepada jawatan.

Kenapa Pas perlukan radio buruk ?

Untuk menakut-nakutkan orang kampung dengan menggunakan agama dengan harapan mereka akan mengundi Pas dalam pru 12 (2008) agar Pas terus kekal memerintah Kelantan kerana pada masa itu mereka sudah berada ibarat telur di hujung tanduk.

Bagaimana radio-radio buruk (peserta) dibayar elaun mereka ?

Setiap bulan peserta wajib menghadiri 'kursus motivasi'. Kursus yang dimaksudkan adalah ceramah oleh pemimpin-pemimpin Pas negeri bagi mendapatkan info untuk disebarkan ke kawasan-kawasan mereka. Selesai ceramah mereka akan diberi dividen Ladang Rakyat. Mana-mana peserta yang tidak hadir sebanyak tiga kali akan dikeluarkan dari Ladang Rakyat.

Pernahkah peserta ke ladang mereka ?

Tidak pernah sama sekali. Malah mereka tidak tahu pun dimana ladang mereka dan apa yang ditanam. Mereka hanya dapat sijil sebagai peserta dan bayaran bulanan.

Tentu kita juga tertanya-tanya bagaimana mereka dapat membayar dividen dengan cepat kepada peserta sedangkan ladang belum mengeluarkan hasil. Apabila soalan ini ditanya oleh adun BN dalam sidang dun kepada Timbalan MB, beliau hanya menjawab "itu bijak kito lah".

TMB cuba lari daripada menjawab soalan tersebut kerana takut tembelangnya pecah.  Yang sebenarnya tanah-tanah yang dijadikan Ladang Rakyat adalah hutan yang mana ianya ada balak.

Perbadanan Ladang Rakyat akan jual kawasan-kawasan tersebut kepada tauke-tauke cina. Duit yang jual balak itulah yang digunakan untuk membayar dividen peserta. 

Dalam urusan jual beli tersebut banyak juga penyelewengan yang dilakukan pemimpin Pas dan masuk poket mereka. Apabila balak sudah ditebang barulah tanah-tanah itu digunakan untuk dibuat ladang dan menanam sayur-sayuran.

Di sinilah kita boleh lihat bagaimana liciknya Pas menipu. Dalam dewan mereka buat enakmen Ladang Rakyat bagi mengambil tanah, tetapi mereka tidak menyebut balak-balak yang ada atas tanah tersebut yang bernilai puluhan atau ratusan juta yang jauh lebih tinggi dari harga tanah.

Itu dalam dewan, yang diluar dewan perkara sebenar yang mereka inginkan ialah balak, balak, balak, balak.Tanam sayur berapa sen sangat boleh dapat.Melalui balak itulah mereka buat duit, bukannya melalui tanaman di ladang. Yang masuk buku adalah hasil dari tanaman ladang, hasil balak tidak masuk buku sebaliknya masuk kantung Pas dan pemimpin-pemimpin mereka.

Hasil daripada ladang yang ditanam itulah yang akan benar-benar dapat kepada orang-orang miskin, itu pun belum tentu, silap-silap dibalun kroni Pas juga. Setakat ini tidak ada lagi ladang-ladang yang mendatangkan hasil , kerana sejak ditubuhkan 2006 hingga kini sebahagian tempat sahaja yang baru mula menanam. Selama ini hanya proses penebangan dan pengeluaran balak sahaja yang berjalan.

Masih banyak lagi tempat yang balak belum ditebang dan dikeluarkan. Itulah puncanya ada rakyat miskin yang dapat sijil Ladang Rakyat tetapi tidak dapat hasil sepertimana yang didedahkan semasa prk Galas. Ini kerana hasil yang sebenar-benarnya daripada ladang belum keluar lagi, bagaimana mereka nak bayar kepada peserta.  Yang dapat hasil selama ini adalah kroni-kroni Pas sahaja daripada hasil balak bukannya dari hasil tanaman di ladang.


Rakyat Kelantan jangan ingat seorang yang bergelar ustaz iaitu TMB Kelantan adalah seorang yang baik dan maksum kerana dia bergelar ustaz. Dialah orang bertanggungjawab menjahamkan tanah-tanah dan balak .Kelantan melalui skim Ladang Rakyat.

Sebagai penutup, enakmen perladangan rakyat yang diluluskan oleh Dun Kelantan pada tahun 2006 adalah cara untuk menghalalkan Pas mengeluarkan balak secara besar-besaran di Kelantan bagi kepentingan politik mereka dan kroni-kroni mereka. Semua wakil rakyat Pas yang menyokong usul berkenaan di Dun Kelantan telah pun mendapat habuan masing-masing.

Itulah wajah Pas yang sebenarnya yang berselindung di sebalik jubah, serban, kopiah dan janggut mereka serta melalak siang dan malam atas pentas ceramah kononnya BN rasuah, BN salah guna kuasa dan sebagainya. Sedangkan merekalah iblis yang sebenarnya.


.

Monday, November 8, 2010

Inikah Perangai Seorang Ulama ?



Apabila melihat watak Nik Aziz dalam video di atas sudah cukup untuk kita mendapat gambaran perangai Nik Aziz yang sebenar. Adakah orang yang berperangai begitu layak dipanggil ulama ? 

Jika selama ini orang-orang Pas sering berkata, ulama seperti Nik Aziz adalah pewaris Nabi dan Nik Aziz sendiri pun selalu membandingkan apa yang dia buat sama seperti apa yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Sikit-sikit dia kata "Nabi pun buat begitu, Nabi pun buat begini, Allah pun mencarut".

Sekarang bila dia berkelakuan begitu dalam video diatas , adakah dia akan kata Allah pun bertengkar ? Nauzubillah...

Dalam video tersebut, Nik Aziz seolah-olah orang yang tiada iman kerana tidak mempunyai sifat sabar sebagaimana ciri-ciri seorang ulama. Nik Aziz juga langsung tidak menghormati tuan rumah yang dikunjunginya sehingga terpaksa ditenangkan oleh exconya, Mohd Amar.

Mohd Amar berulang kali menyebut, "kita di rumah orang ni". Walaupun Mohd Amar dilihat menenangkan Mohd Nor Deris tetapi beliau cuba memperli Nik Aziz apabila menggunakan perkataan kita. Perkataan kita itu menggambarkan lebih dari seorang. Dan yang dimaksudkan oleh Mohd Amar ialah supaya Nik Aziz dan Mohd Nor Deris bersabar. Malulah sikit hoi, jika seorang yang bukan ulama menasihati seorang ulama.

Sungguh malang nasib Nik Aziz, di hujung usia politiknya pelbagai aib yang terpaksa diterimanya. Tidak lain tidak bukan ini semua adalah balasan Allah terhadap kejahatan-kejahatan yang dilakukan Nik Aziz sepanjang karier politiknya.

Kejahatan Nik Aziz yang paling teruk adalah memecah belahkan penyatuan umat melayu Islam semasa Pas bergabung bersama Umno dalam BN pada tahun 70an. Nik Aziz adalah salah seorang yang kuat memainkan peranan agar Pas keluar dari BN pada ketika itu sehingga membawa kepada penggulingan MB Pas dalam kerajaan campuran Umno dan Pas di Kelantan iaitu Datuk Muhamed bin Nasir. Akhirnya Kelantan menjadi huru-hara dan darurat terpaksa diistiharkan.

Bukan setakat menjatuhkan Datuk Muhamed bin Nasir sahaja, Nik Aziz juga turut memainkan peranan untuk menjatuhkan Presiden Pas ketika itu, Datuk Mohd Asri Muda  kerana Datuk Asri adalah orang yang bertanggungjawab membawa Pas menyertai BN dengan niat untuk menyatu padukan orang-orang melayu di negara ini.

Itulah perangai Nik Aziz., daripada muda hingga ke tua kerjanya memecah belah perpaduan umat dan dia mahu semua orang tunduk kepadanya. Dia juga mahu dirinya selalu dijulang dan dipuja.Dia sahaja yang betul dan dia sahaja yang maksum.

Salah satu daripada dendam kesumat Nik Aziz kepada Umno yang tidak pernah reda adalah kerana tidak mendapat kenaikan pangkat semasa dia bertugas dengan Kemas dahulu. Kecewa kerana tidak naik pangkat, dia keluar Umno dan masuk Pas.

Apa yang terjadi dalam video diatas adalah salah satu balasan Allah kepadanya. Dia diaibkan di depan puluhan pengikut-pengikut setianya yang diam seribu bahasa seperti tikus melihat besi tatkala mereka melihat Nik Aziz diserang.

Nak dijadikan cerita pula ada insan yang merakam kejadian tersebut dan dimuatkan ke dalam you tube maka satu dunia boleh melihat perangai Nik Aziz yang sebenar.

Apa yang terjadi ini semuanya adalah gerak geri Allah SWT. Pepatah ada mengatakan satu hari kebenaran tetap akan muncul jua. Bangkai gajah tidak mungkin dapat di tutup dengan daun pisang. Begitu lah juga dengan wajah sebenar Nik Aziz yang selama ini berselindung di sebalik serban, jubah dan gelaran ulama atau tok guru yang dipakainya. Sekarang sedikit demi sedikit setiap hari kita boleh melihat wajah sebenarnya.
Percayalah cakap kami, Nik Aziz akan mengakhiri karier politiknya dengan begitu hina sekali.

Sunday, November 7, 2010

Nik Aziz Ragu Kemenangan BN Setelah Terima Bisikan Syaitan

Walaupun dia digelarkan sebagai seorang tok guru dan juga ulamak tetapi dia tergolong dalam golongan manusia yang tidak boleh menerima ketetapan Qada dan Qadar.

Lihat kenyataan dia dalam keratan akhbar diatas. Dia tidak dapat menerima kekalahan Pas dengan hati yang terbuka dan redha dengan keputusan tersebut. Sebaliknya dia menghala muncung senapang kepada  BN pula untuk menutup kelemahan dan kesalahannya .

Tujuannya tidak lain tidak bukan supaya ahli-ahli Pas tidak meletak kesalahan tersebut dibahunya sebaliknya dipindahkan dengan cara yang jahat ke bahu BN.

Itulah Nik Abdul Aziz Nik Mat seorang 'political animal' yang sentiasa rakus dan jahat dengan muslihat politik dari usia muda sehingga kini. Mungkin benarlah sebagaimana yang dikatakan oleh Ustaz Md Nor Deris  (video) yang diri Nik Aziz telah dikuasai syaitan. 

Mungkin kerana telinganya telah dibisik oleh syaitan maka dia keluarkan kenyataan seperti keratan akhbar di atas.
Asas yang dijadikan alasan Nik Aziz untuk meragui kemenangan BN seperti di bawah

"Saya rasa ragu, kerananya keesokan hari nak mengundi tu, malam tu saya tengok di televisyen seorang menteri cakap dah BN akan menang banyak. Dia tahu mari mana BN akan menang banyak, sedangkan esok baru nak mengundi. Makna ada benda dia buat. Bagaimana dia boleh berkata demikian, jika perancangan tidak dibuat. Itu yang meragukan"

Kerana seorang menteri kata BN akan menang , maka perkara itu yang dijadikan alasan oleh Nik Aziz untuk meragui kemenangan BN. Nampak sangat alasannya itu lemah dan tiada alasan lain yang boleh diguna pakai bagi menyelamatkan tengkuknya daripada dipersalahkan oleh ahli-ahli Pas.

Sebagai seorang 'political animal' mustahil Nik Aziz tidak tahu apa yang dicakapkan oleh menteri tersebut adalah salah satu perang saraf yang selalu diguna pakai dalam pertarungan pilihanraya. Tak mungkin pula seorang menteri nak keluar di tv kemudian nak cakap "kita akan kalah esok". Gilalah menteri itu jika beliau berkata demikian.

Bagaimana pula dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pemimpin-pemimpin Pas dari sebelum penamaan calon sehinggalah menjelang hari mengundi yang mengatakan Pas akan menang di Galas ? Adakah BN pernah meragui kenyataan tersebut ?

PAS berkeyakinan akan dapat mempertahankan kerusi Dun Galas walau pun dijangka menghadapi tentangan sengit daripada Umno BN kata Pengarah Pilihanraya Kecil (PRK) Galas, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Klik di sini

Pas yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas biarpun calon yang mewakili parti tersebut, Dr. Zulkefli Mohamad pernah tewas dua kali berturut-turut pada pilihan raya umum sebelum ini.Klik di sini

Mengulas sama ada Dr Zulkefli mampu mengekalkan kemenangan PAS di DUN Galas, Menteri Besar Kelantan itu berkata: "Tentulah saya yakin boleh menang sebab itu kita pilih (Dr Zulkefli).". Klik di sini

Pas yakin dapat mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti dengan majoriti lebih besar berbanding keputusan pilihan raya umum lalu. Klik di sini

Apa semua itu wahai Nik Aziz ? Mengapa kamu yakin menang tetapi kalah ? 

Nik Aziz juga berkata "bagaimana dia (menteri) boleh berkata demikian, jika perancangan tidak dibuat. Itu yang meragukan"

Dalam pilihanraya tidak kira mana-mana parti yang bertanding hatta parti Akim sekalipun mestilah melakukan perancangan untuk menang. Buat apa masuk pilihanraya jika tidak ada perancangan untuk menang ? Perancangan yang dibuat bukan sahaja dari segi jentera kempen, termasuklah perancangan mental.Bukan sahaja setakat perang poster dan bendera, perang psikologi juga turut serta.  Semua itu adalah sebahagian dari senjata yang digunakan dalam menghadapi pilihanraya.

Kesimpulannya, apa yang dikatakan oleh menteri di tv yang dijadikan alasan untuk Nik Aziz meragui kemenangan BN dan juga apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin Pas sepertimana link yang saya berikan diatas adalah sebahagian dari peperangan psikologi dalam pilihanraya.

Sepertimana yang saya katakan diatas, Nik Aziz faham perkara itu, tetapi dia sengaja buat-buat tak faham kerana tiada hujah lain yang doleh digunakan untuk menggambarkan BN menipu dalam pilihanraya.
Jadi, oleh kerana tiada alasan lain maka digunakanlah alasan bodoh tersebut untuk menggambarkan yang BN menang dengan cara menipu dalam prk itu bagi menutup kesalahannya. Mendengar kata-kata Nik Aziz tersebut, maka bergeraklah tentera-tentera semut Pas yang dapat habuan dari Skim Ladang Rakyat RM 200 sebulan ke kedai-kedai kopi, masjid, surau dan pasar di seluruh pelusuk negeri Kelantan memberitahu rakyat yang BN menang cara menipu. Maka terselamatlah Nik Aziz dari dipersalahkan.

Apakah Pas tidak membuat perancangan untuk menang ? Bayar RM 250.00 kepada pengundi, beri geran tanah, beri sijil ladang rakyat, turap jalan yang masih elok, bayar 'zakat' kepada orang asli. Itu semua bukan perancangan untuk menangkah ?

Sudahlah Nik Aziz, kamu tidak perlu bercakap banyak lagi. Kamu sekarang telah menjadi biawak hidup yang terpaksa digalas oleh Pas. Setiap kali Pas kalah pilihanraya, maka setiap kali itulah kamu buat hal. 

Tahun lalu di Bagan Pinang pun sama juga, apabila Pas kalah dia buat hal kononnya ada pemimpin Pas yang hendak bersekongkol dengan Umno dan pelbagai tuduhan jahat yang dia katakan kepada Presiden Pas dan memaksa Pas mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa. 

Kerana mulut jahatnya itulah, ketika dia sedang tidur , tiba-tiba mulutnya keluar darah sehingga memaksa dia dikejarkan ke IJN. Akhirnya apabila Pas bersidang di Taman Melewar atas desakannya, dia tidak dapat turut serta dan hanya datang untuk menunjukkan muka sahaja kerana sakit. Itulah basalan yang diterima oleh orang yang  mulut jahat. Allah bayar cash kepadanya.  

Memetik kata-kata bekas Naib Presiden Pas , Datuk Nakhaie Ahmad dalam Mingguan Malaysia semalam yang berbunyi " cukuplah dengan alasan retorik, apabila kalah kata Pas melawan sebuah kerajaan dan wujudnya pengundi hantu tetapi semasa menang, terus dengan bangganya mengatakan Pas mendapat bantuan malaikat dari langit".

Saturday, November 6, 2010

Galas Pencetus Semangat

Lahirnya blog ini pada hari ini bersempena mengambil semangat  kemenangan bergaya BN di Galas dalam pilihanraya kecil dua hari lepas.

Sebelum semangat kemenangan pudar, kami mengambil langkah untuk memanjangkan semangat tersebut di sini agar momentumnya berkekalan sehingga pru akan datang dengan misi agar kita berjaya menawan Kota Darulnaim.

Bukan satu perkara yang mustahil untuk merebahkan Pas di sebuah negeri yang digambarkan sebagai lubuk kuat mereka. Di mana ada kemahuan , disitu ada jalan.

Keputusan pru 2004 menyaksikan Pas memerintah Kelantan dengan kelebihan dua kerusi sahaja. Mereka hilang dua pertiga di Dun. Lebih malang lagi dalam dua kerusi berkenaan, satu daripadanya hanya dimenangi dengan majoriti dua undi di Dun Kemuning dalam parlimen Machang.

Kemudian datang pula prk Pengkalan Pasir dimana adun Pas bagi kawasan berkenaan meninggal dunia. Tanpa disangka dan diduga BN berjaya menawan kerusi berkenaan yang terletak dalam kubu kuat di Pasir Mas.Pas hilang satu lagi kerusi.

Maka memerintahlah Pas di Kelantan dengan kelebihan dua undi sahaja. Jika Pas kuat di negeri yang digambarkan sebagai lubuk mereka , adalah sesuatu yang tidak logik mereka dapat memerintah sebuah negeri dengan kelebihan dua undi sahaja.

Seperkara lagi, sekiranya Pas kuat di Kelantan maka sudah tentu calon-calon BN yang bertanding di Kelantan selama ini kehilangan wang deposit pilihanraya. Tetapi itu tidak pernah berlaku.

Semua itu menunjukkan Pas sebenarnya tidak kuat di Kelantan.Mereka yang menggambarkan mereka kuat hinggakan orang-orang kita termakan dengan perkara itu.

Sekiranya kita mempunyai semangat dan bersatu padu, Insyaallah Pas akan berjaya kita tolak ke tepi. . Kita telah berjaya membuktikannya di Galas, kita juga hampir berjaya membuktikannya di Manek Urai. 

Kedua-dua tempat itu adalah di negeri yang digambarkan Pas kuat dan kerusi milik Pas. Kenapa kita boleh pada masa itu ? Jawapannya adalah kerana semangat, bersatu padu dan kerja berpasukan. Semuanya boleh dibuat,antara nak atau tidak sahaja. Tepuk dada tanya selera.

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri serta menanam tekad untuk menawan Kota Darulnaim dalam pru akan datang.

Di kesempatan ini juga kami ingin memberitahu tentang blog ini.

Blog ini adalah sebuah blog bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, tetapi condong kepada BN. Tidak semestinya apabila kami condong kepada BN , maka kami tidak akan  mengkritik atau menegur BN. Kami tidak mengamalkan budaya ampu-mengampu. Mana yang tak betul kami akan bedal, agar ianya dapat menjadi pengimbang kepada BN supaya tidak hanyut.

Blog ini tidak terikat dengan berita-berita Kelantan sahaja. Apa-apa berita pun kami siarkan, cuma pembahagiannya 60-40.

Artikel untuk Kelantan kami tetapkan sebanyak 60 % , manakala 40 % untuk artikel-artikel lain  termasuk isu nasional. Kami juga tidak terikat dengan berita-berita politik sahaja,apa-apa berita yang kami rasakan perlu untuk selera pembaca kami akan siarkan. Termasuklah berita umum, sukan, hiburan, rencana dan lain-lain. 

Kami mengalu-ngalukan sebarang artikel, pandangan atau pendapat. Sila e mel kepada kami di gelombang_merah@yahoo.com