Wednesday, April 25, 2012

Rakyat Nak Air Bukan Nak Meter Air


Sejak tahun 2000 kerajaan pusat telah menghulurkan menyalurkan peruntukan RM1.058 bilion, termasuk pinjaman tanpa faedah RM597 juta untuk Kelantan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih .

Tidak cukup dengan itu Kementerian Luar Bandar telah memperuntukkan RM265 juta untuk bekalan air dan menaik taraf loji pula RM81.5 juta. Jabatan Kesihatan pula telah memberi peruntukan RM53.4 juta.

Tidak tamat disitu kerajaan pusat sediakan pula sumber dan bekalan air seperti membina loji dan penyambungan paip, yang kemudiannya diserahkan secara percuma kepada Air Kelantan Sdn. Bhd. untuk mengutip hasil. 

Bermacam-macam bantuan dan pertolongan yang kerajaan pusat berikan untuk mengatasi masalah air di Kelantan, tapi sampai ke hari ini tak selesai-selesai lagi. 

Kenapa tak selesai dan kemana duit pergi ?

Semua itu telah terjawab semalam apabila SPRM dari Putrajaya sendiri turun ke Kelantan bagi menyerbu AKSB dan seterusnya menjalankan siasatan. 


Patutlah masalah air tak selesai-selesai sebelum ini sedangkan duit dan segala kemudahan telah diberi. Rupa-rupanya ada udang disebalik batu. 

Antara siasatan yang SPRM bakal lakukan adalah menyisat kontrak penukaran meter pintar air sebanyak 80,000 unit dan kos puluhan juta ringgit untuk membina loji air di Kampung Sireh.

Masalah nak bekal air kepada rakyat tak selesai-selesai, masalah air yang dibekalkan kotor tak selesai, tiba-tiba boleh pula untuk keluarkan duit bagi menukar meter-meter air di rumah pelanggan. Apa guna ada meter pintar kalau air tiada atau kotor. Rakyat nak air bukan nak meter pintar. Rakyat nak kepala otak pemimpin-pemimpin Pas pintar untuk mengatasi masalah air. Bukannya rakyat nak meter yang pintar.

Matlamat menghalalkan cara, semua itu dilakukan demi projek untuk kroni dan habuan pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika ditakdirkan mereka dapat duit royalti minyak yang dituntut berbilion-bilion entah ke mana hilang duit itu pun tak taulah. Kalau yang kerajaan pusat beri satu bilion untuk atasi masalah air pun tak selesai-selesai dan berlaku rasuah pula, bagaimana nak urus duit royalti yang berbilion-bilion ?

Tuesday, April 24, 2012

Israel Pun Boleh Jalinkan Kerjasama Dengan Kelantan ?

Husam Musa Sedang Menandatangani MOU Bersama wakil Iran di Kota Bharu pada 22/4/2012
Kerajaan Kelantan sedia menjalin kerjasama dagangan dengan mana-mana negara untuk faedah rakyat negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, mana- mana negara yang ingin menjalinkan kerjasama dengan Kelantan akan diterima tanpa ada pengecualian. Semua negara adalah sama taraf.

Itu kata Husam Musa di majlis menandatangani MOU untuk menjayakan ekspo kebudayaan Iran di Kota Bharu Mei nanti.

Tujuan Husam berkata begitu adalah untuk menutup tindakannya membawa masuk budaya dan fahaman syiah ke Kelantan. Maka dia berkata semua negara sama taraf dan boleh jalinkan kerjasama dengan Kelantan. Apabila perkataan semua negara digunakan, maka termasuklah sekali dengan Israel. 

Hutang Eskpo Cheng Ho belum habis dibayar lagi hinggakan Aziz Desa terpaksa menuntutnya melalui facebook, kini Husam nak anjur eskpo budaya Iran yang berfahaman syiah pula di Kelantan.

Duit Kelantan dihabiskan untuk penganjuran ekspo yang tak sudah-sudah demi untuk meningkatkan imej politiknya. Rakyat nak masalah air diselesaikan. Rakyat nak pekerjaan yang bagus di negeri mereka sendiri tanpa perlu berhijrah negeri lain. Ekspo bukannya boleh mendatangkan duit kepada negeri atau rakyat. Tetapi duit rakyat pula yang akan dikaut oleh penganjur untuk dibawa ke negara mereka. 

Wednesday, April 18, 2012

Isteri Adun Pas Tuntut Cerai Kerana Suami Tidak Bertanggungjawab


Misteri laporan akhbar semalam tentang siapakah Adun Pas Kelantan yang isteri keduanya menuntut cerai kini telah terjawab.

Rupa-rupanya Adun berkenaan adalah kroni Husam Musa. Patutlah akhbar Sinar Harian tidak siarkan namanya. Semua orang maklum dan tahu Sinar Harian di Kelantan di bawah kawalan Husam. Hubungan antara ketua editor Sinar Harian Kelantan dengan Husam juga semua orang tahu. Dibawa melancong ke China, India dan merata tempat lagi + RM.


Adun yang dimaksudkan adalah Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim.

Mengikut isterinya, adun berkenaan tidak bertanggungjawab dan pulang ke rumah dua bulan sekali pada waktu malam sahaja. Juga tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami kerana tidak memberi perbelanjaan harian untuk isteri dan anaknya.

Isteri adun berkenaan bekerja sebagai Penolong Kanan disebuah sekolah di Kelantan.

Manakala menurut sebuah portal yang berpusat di Kelantan pula, http://detikperubahan.com/2012/04/15/eksklusif-adun-pas-tidak-bertanggungjawab-isteri-mohon-cerai/ , suami kepada wanita malang itu bukan sahaja tidak memberikan nafkah kepada isterinya malah mengambil kesempatan ke atas isterinya untuk kerjaya politiknya.

Adun itu tidak bersetuju tuntutan cerai yang dikemukakan isterinya dan berjanji akan berubah selepas pilihanraya umum ke 13 nanti. Bagaimanapun isterinya tidak percaya kepada janji adun Pas tersebut kerana dia tahu selama ini suaminya bijak menabur janji.

Sekarang rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya bolehlah menilai sendiri sikap pemimpin-pemimpin Pas. Benarlah apa yang dikatakan selama ini mereka cukup bijak menabur janji tetapi gagal memenuhi janji.

Kini semuanya telah terbentang depan mata. Isteri sendiri pun tidak percaya kepada janji suaminya yang juga seorang pemimpin Pas.

Jika isteri sendiri tidak percaya, adakah rakyat nak percaya kepada janji-janji Pas ?

Tepuk dada tanya selera.

Thursday, March 29, 2012

Husam Tidak Yakin Pakatan Mampu Tawan Putrajaya


Sebelum ini kuat kedengaran ura-ura Husam Musa akan dicalonkan untuk bertanding di kerusi parlimen dalam pilihanraya akan datang. Husam dikatakan akan diletak bertanding di Parlimen Kubang Kerian dan penyandangnya sekarang Salahuddin Ayub akan dihantar pulang ke Johor.

Husam tidak pernah menafi atau menyaman mana-mana individu yang bercakap tentang perkara itu. Maknanya perkara itu benar.

Bagaimanapun, maklumat terkini yang diterima beberapa hari lepas mengatakan Husam sudah tidak berminat lagi untuk bertanding di kerusi parlimen kerana tidak yakin Pakatan Rakyat mampu memerintah Malaysia.

Sungguh melucukan, belum masuk gelanggang lagi Husam dah tewas. Ceramah bagai nak rak kelentong orang ramai Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya tapi dia sendiri tidak berani untuk bertanding kerusi parlimen.

Kalau Husam anak jantan, sila buat kenyataan hari ini untuk menyatakan minat bertanding parlimen dalam pilihanraya ke 13.

Tuesday, March 27, 2012

Majlis Solat Hajat Ini Perlu Ditukar Kepada Majlis Solat Taubat

Agak lama kami mendiamkan diri bukan bermakna kami hilang . Kami tak hilang cuma tidak bersiaran di laman ini kerana banyak tugas-tugas khusus yang kami laksanakan, terutamanya dalam hal mengumpul maklumat tentang PAS Kelantan. Pilihanraya hampir tiba, kini kami kembali.

Untuk permulaan hari ini kami hendak tunjukan kepada anda semua bagaimana kebangsatan PAS yang terus menerus menggunakan agama untuk meraih undi. 


Bandar Kota Bharu kini dipenuhi dengan poster-poster yang memaparkan satu majlis solat hajat bersama Nik Aziz, Anwar Ibrahim , Mat Sabu dan Tang Seng Giaw (DAP) akan diadakan di Padang Perdana pada 30.3.2012.

Sejak bila Tang Seng Giaw peluk islam yang membolehkan beliau bersolat hajat ? 

Majlis tersebut tidak sepatutnya dijadikan majlis solat hajat, ia patut dijadikan majlis solat taubat. Ini kerana semua pemimpin yang terlibat dalam majlis itu adalah mereka-mereka yang munafik.

Mat Sabu pernah menuduh Anwar seorang peliwat dan di bumi Kelantan juga Mat Sabu menggelarnya 'Anwar Ibrahim Al Juburi'. Sehingga ke hari ini pun Mat Sabu tidak pernah menarik balik gelaran itu atau memohon maaf kepada Anwar. 

Demi kerana politik, hari ini seorang penentang peliwat sanggup berkongsi majlis untuk bersolat hajat dengan seorang peliwat. Itulah yang dikatakan munafik.

Kemunafikan Nik Aziz tidak perlu diceritakan lagi. Semua orang tahu dari muda sampai ke tua beliau akan menggunakan apa sahaja berkenaan dengan islam untuk kepentingan politiknya serta Pas.

Maka amat sesuailah sekali jika majlis solat hajat yang dirancang itu ditukar ke majlis solat taubat.