Konflik yang dihadapi oleh peniaga-peniga Arked Uda berhubung perpindahan mereka ke Bazar Tok Guru yang seolah-olah tiada penghujungnya selama ini telah menemui sinar baru dan akan selesai dalam masa terdekat.
Seperti yang kita maklum konflik Bazar Tok Guru berpunca dari kerakusan menantu Menteri Besar Kelantan. Pada awalnya semuanya telah dirancang dengan baik oleh Datuk Paduka Haji Husam Musa dan dipersetujui oleh Nik Aziz serta para peniaga.
Selepas itu apabila Ariffahmi nampak peluang untuknya membuat duit yang banyak ada dalam projek berkenaan maka dia langgar segala perjanjian yang telah dipersetujui dan apa yang telah dirancang oleh Datuk Paduka Haji Husam Musa.
Segala perancangan menjadi rosak sekelip mata dan Ariffahmi menggunakan kuasa vetonya sebagai menantu MB untuk mempengaruhi bapa mertuanya supaya Datuk Paduka Haji Husam Musa tidak terlibat dalam projek berkenaan dan untuk berunding dengan peniaga.
Apabila timbul masalah dengan peniaga pada kali pertama kerajaan negeri telah menghantar Timbalan MB, Mad Yakob untuk berunding dengan peniaga. Rundingan tersebut menjadi tegang kerana TMB telah menggunakan bahasa yang kasar dalam pertemuan itu termasuklah menuduh para peniaga sebagai bodoh dan bertindak keluar dari perbincangan sebelum ianya selesai.
Projek diteruskan seperti kehendak Ariffahmi dan Datuk Paduka Haji Husam Musa terpaksa mendiamkan diri kerana beliau tidak dibenarkan untuk campur tangan lagi walaupun projek berkenaan diasaskan olehnya.
Akhirnya apabila projek berkenaan siap, sepertimana yang kita maklum semua orang terkejut dengan saiz kedai-kedai di dalam bazar tersebut. Sekali lagi peniaga memprotes. Bagaimana mereka hendak berniaga jika ruang untuk pengunjung berjalan pun punggung berlaga punggung.
Jika dulu seorang Timbalan MB telah menghina mereka dengan perkataan bodoh, kali ini seorang exco pula iaitu Nik Amar telah menggelarkan peniaga sebagai biawak pasir dalam satu kuliah agama di bangunan Pas Kelantan.
Peniaga naik angin dengan Nik Amar dan keadaan menjadi kelam kabut. Atas rasa tanggungjawabnya, beberapa hari lepas Datuk Paduka Haji Husam Musa telah mengadakan satu pertemuan dengan para peniaga bagi mencari penyelesaiannya. Beliau merasa berdosa jika membiarkan peniaga terus menerus begitu kerana beliaulah orang bertanggungjawab mengasas kan projek berkenaan.
Dalam pertemuan tersebut Datuk Paduka Haji Husam Musa berkata beliau tidak pernah berubah dan akan berjuang untuk peniaga-peniaga walaupun kena lawan keputusan kerajaan negeri.
Katanya lagi, selama ini beliau tidak boleh membuat sesuatu kerana beliau telah diminta untuk tidak mencampuri urusan tersebut. Peniaga gembira dengan kesudian Datuk Paduka Haji Husam Musa menyelesaikan masalah mereka dan mereka merasa lega seolah-olah telah mendapat nafas baru.
Satu keputusan telah dicapai dalam perjumpaan tersebut dimana para peniaga akan menghantar surat kepada Nik Aziz bagi menyatakan yang mereka hanya ingin berunding dengan Datuk Paduka Haji Husam Musa sahaja kerana bagi mereka hanya beliau sahaja yang boleh menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.
Sekarang rakyat Kelantan boleh menilai bagaimana teruknya politik dalaman Pas. Sesama mereka pun mereka sanggup kerat. Nasib baiklah Datuk Paduka Haji Husam Musa seorang yang tabah untuk mengharungi cabaran dan ujian.
Jika lilin sanggup membakar dirinya untuk menerangi orang lain, sekarang Datuk Paduka Haji Husam Musa sanggup mempertaruhkan masa depan politiknya bersama Pas demi untuk kepentingan para peniaga.
Lagu diatas dituju khas kepada Datuk Paduka Haji Husam Musa sebagai menghargai sumbangannya menyelesaikan masalah para peniaga Arked Uda.
2 comments:
itulah mentaliti pemimpin pas yang sebenar..berlindung di sebalik agama...pas pis pus
keh..keh..keh...
kelakar nye..haha
Post a Comment